Laman Utama

Moratorium Mungkin Tidak Akan Dilanjutkan Kepada Golongan Berkemampuan, Ini Nasihat Menteri Kewangan

gempak
Asraf Aided
24/08/2020
11:28 MYT
Sponsor Banner
Moratorium Mungkin Tidak Akan Dilanjutkan Kepada Golongan Berkemampuan, Ini Nasihat Menteri Kewangan
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberi bayangan bahawa moratorium bayaran balik pinjaman yang akan berakhir September depan tidak akan dilanjutkan kepada golongan berkemampuan, lapor AWANI.
Sebaliknya, beliau menasihati mereka supaya membuat pembayaran balik segera bagi membantu aktiviti pinjaman baharu kepada mereka yang lebih memerlukan.
Menurutnya, kemampuan bank untuk menyediakan penampan yang secukupnya adalah penting bagi membolehkan institusi perbankan itu menyerap kemungkinan pinjaman terjejas yang lebih tinggi.
"Oleh yang demikian adalah penting tanggungjawab untuk membayar balik (pinjaman) dibuat oleh mereka yang tidak terjejas dan kemampuan.
"Jadi ingin saya nasihatkan orang ramai yang tiada kekangan kewangan supaya segera melunaskan hutang dan usah bertangguh-tangguh," katanya di persidangan Dewan Rakyat di sini, pada Isnin.
Beliau berkata demikian kepada cadangan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) untuk melanjutkan bantuan itu untuk tempoh enam bulan lagi secara automatik.
Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, ia adalah memastikan usaha terus ditumpukan demi manfaat peminjam yang benar-benar terjejas.
Katanya, ia juga adalah bagi memastikan bank terus berupaya memberi pinjaman kepada isi rumah dan peniaga untuk menyokong pemulihan ekonomi.
"Pembayaran balik akan membantu aktiviti pinjaman baharu untuk rakyat dan perniagaan," ujarnya.
Kata Tengku Zafrul, setakat ini, sebanyak 43,560 permohonan bantuan bank bersasar diterima daripada peminjam individu.
Daripada jumlah itu jelasnya, sebanyak 22,266 telah mendapat kelululusan secara automatik.
"Permohonanya senang sahaja, mereka hanya perlu memeberitahu (membuktikan) mereka kehilangan pekerjaan," katanya.
Sementara itu, bank juga memperoleh 3,325 permohonan daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan 2,465 permohonan daripadanya diluluskan.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu, keutamaan pemberian lanjutan moratorium dan bantuan bank bersasar itu akan diberi kepada individu kehilangan pekerjaan dan mereka yang terjejas pendapatan akibat penularan pandemik COVID-19.
Sumber : Astro AWANI/Umavathi Ramayah
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024