Hiburan

Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah

gempak
Umirah Halim
19/04/2024
08:30 MYT
Sponsor Banner
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Bella berkata orang tidak perlu menganggap dirinya sebagai seorang manusia yang baik.

Tidak munafik

Namun, bagi Bella dia menyatakan bahawa sekurangnya dia tidak bersifat munafik dengan berpura-pura menjadi baik.
“Mungkin saya bukanlah orang yang baik, dan saya tak perlu dianggap baik.
“Akan tetapi paling tidak saya 'tidak munafik' dengan berpura-pura baik,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan kata-kata yang dikongsi oleh Bella dan ada juga menganggap Bella seakan ‘membalas’ respons dari pihak yang lain.
“Setuju Bella. Just jadi diri sendiri tak perlu guna agama untuk nampk suci.
“Ye, macam inilah pandai membalas. Ini yang kami mahu Bella! Bella yang pandai mengeras.
“Betul Bella, biar orang nampak realiti hidup kita, daripada pura-pura terpaling tahu tentang agama,” komen beberapa netizen.
Terdahulu, Bella mendedahkan tentang kelakuan Aliff yang didakwa telah berlaku curang sebanyak 11 kali sepanjang perkahwinan mereka.
Lebih parah lagi, aktor yang berasal dari Singapura itu didakwa pernah menjalin hubungan cinta bersama adik iparnya, Eriqa Astillah.
Bella sebelum itu mengaku ‘menggunakan’ pelakon baharu, Muaz Zabir untuk membuat suaminya cemburu. Ia susulan tersebarnya foto dan perbualan mesra mereka di media sosial.
Untuk rekod, Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4.

Berita Trending: Hantaran Aliff Aziz 'Since You Been Gone' dan Bella Astillah POV Cari Pengganti Curi Perhatian Ramai!

Berita Trending: “Kalau Betul Aliff Masih Sayang, Kenapa Dia Buka Aib Saya?” - Bella Astillah
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live