Awal minggu ini, tular mengenai seorang seorang penghantar barang yang sedih selepas mendkawa dia tidak diberi bonus Hari Raya.


Kisah itu mendapat perhatian rakyat Malaysia yang turut simpati dengan nasib mereka apatah lagi kerja menghantar barang semakin banyak apabila lambakan barang yang perlu dihantar bertambah terutama di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

BACA: #MyHero: “Meleleh Air Mata Jantan”- Penghantar Barang Sedih, Dakwa Tidak Diberikan Bonus Hari Raya Tetapi Kerja Bertambah

BACA: Viral Posmen Sedih Termenung Tak Dapat Bonus Raya, Pos Malaysia Akhirnya Tampil Bersuara!

BACA: #MyHero: Isu Dakwaan Posmen Tak Dapat Bonus, Cikgu Ini Cadang Setiap Rumah Hulur…

Rentetan daripada itu, seorang pengguna akaun Twitter yang dikenali sebagai Steven Mak meyatakan hasratnya untuk mencari penghantar barang atau posmen itu untuk diberikan bantuan

Steven meminta bantuan warganet untuk mencari posmen tersebut.

”Tolong saya untuk ‘retweet’ dan mencari rider ini. Saya akan membantunya jika Pos Malaysia tidak berbuat demikian. Terima kasih dan selamat bersahur,” kataya.

Lelaki itu turut meminta sesiapa yang mendapat maklumat mengenai pemuda itu untuk menghubunginya secara peribadi dan tidak mendedahkannya secara umum.

Apa yang membuatkan Steven mahu membantu posmen tersebut adalah kerana menurutnya dia cukup memahami bagaimana perasaan lelaki tersebut yang hidup dalam kesempitan dan perkara tersebut jelas mengganggunya.

Bagaimanapun, selepas 24 jam entri itu dimuat naik Steven memberitahu dia masih belum menjumpai posmen tersebut dan menghargai usaha mereka yang terus membantunya dalam pencarian tersebut.

Perkongsian yang mendapat 1.2k ‘likes’ dan 2.1k ‘retweets’ itu turut dibanjiri dengan komen netizen yang memuji usaha Steven.

Apa yang pasti, sikap prihatin lelaki itu terhadap posmen yang banyak berkorban dalam melaksanakan tugas mereka sesuatu yang wajar dipuji.

Anda adalah hero!

Bagi pembaca Gempak, anda juga boleh jadi hero!

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!