Berita

“Naiklah Kerana Bakat Sendiri Bukan Bakat Beli…”- Pelakon Baharu Minta Jual IG, Sharifah Zarina Rasa Terhina

gempak
Syafiqah Jalal
18/01/2020
09:20 MYT
Sponsor Banner
“Naiklah Kerana Bakat Sendiri Bukan Bakat Beli…”- Pelakon Baharu Minta Jual IG, Sharifah Zarina Rasa Terhina
Penyanyi Sharifah Zarina terkilan dengan sikap seorang pelakon baharu yang cuba menghinanya.
Menurut Zarina, pelakon baru itu meminta untuk menjualkan akaun Instagram (IG) kepadanya.
Zarina turut berang kerana pada mulanya, pelakon yang tidak didedahkan identitinya itu meminta untuk diajar bagaimana hendak mendapakan 'verified badge' sama sepertinya.
Namun begitu, ia berakhir dengan cara yang kurang beradab.
“Zaman sekarang. Gila blue tick (verified badge) pun ada. Pelakon baru nak ‘up’ (tak kenal pun sebenarnya) pelakon tambahan mesej DM ingatkan tanya nak minta ajar macam mana nak dapatkan blue tick.
“Gigihlah cuba screenshot dan ajar dia. Rupa-rupanya akhir sekali suruh saya tolak IG pada dia. Banyak cantik perangai kau adik. Akak ni pun menunggu dekat nak dua tahun baru dapat verified badge tu tau,” tulisnya.
Penyanyi lagu Langit Ke Tujuh itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia juga turut memuat naik perbualannya itu.
Zarina sempat menasihatkan pelakon itu supaya dikenali kerana bakat.
“Naiklah kerana bakat sendiri bukan bakat beli okay. Akak tak popular mana pun adik tak payahlah kau hina cara halus.
“Sabar dik kau muda lagi. Lama lagi boleh berkarya dalam industri. So banyak lagi masa nak kumpul followers dan dapat blue tick tu,” katanya lagi.
Rata-rata pengikut Zarina menasihatinya supaya tidak mempedulikan pelakon tersebut yang dilihat seperti terdesak.
View this post on Instagram
Zaman sekarang. Gila blue tick pun ada. Pelakon baru nak up (diknon tak kenal pun sbrnya) level extra2 DM diknon ingatkan tanya minta ajar mcm na nak dptkan blue tick. Gigihla cuba screenshot n ajar dia. Rupa2 last2 suruh diknon tolak ig kat dia. Banyak cantik perangai ko dik. Akak ni pun menunggu dekat nak 2 tahun kut baru dpt verified badge tu tau. Cara mintak pun adoii mcm ko dah kenal akak ni berpurnama ja. Naiklah kerana bakat sendiri bukan bakat beli ok. Akak tak fofular mana pun dik tak payah lah ko hina cara halus. Apa ko ingat akak ni sengkek naww sampai sanggup nak jual ig. Adoiii.. kerja nak senang tp usaha tak mau. Sabar dik ko muda lagi. Lama lagi bole berkarya dlm industri. So byk lagi masa nak kumpul followers n dpt blue tick tu. Anyway bangga apa sangat dgn blue tick tu? Yg ratus riban followers pun tak heran benda tu. Akak pun tak heran la blue tick tu sbrnya tp just cuba2 buat. Sedar diri tak fofuler mana. Tp Alhamdulillah rezeki approved lah pulak. Dik ko kena hafal tagline @meloditv3 ‘berdiri atas bakat sendiri’.. satu nasihat akk tulus dari hati ni drpd ko beli ig akak nan hado ni... baik ko spend kat skincare dik. Groom yrself. Jgn selekeh sgt. Malu lah artis kalau selebet. Takut penat ja beli ig org tp followers lari kang. Ok done kat bumi. Nak naik balik ke langit ke 7.. ?
A post shared by Sharifah Zarina (@sharifahzarina_official) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024