,
Berita

Nak Cakap Sikit: Pemandu Mabuk Makin Menjadi-Jadi, Wajar Atau Tidak Bagi Hukuman Mati?

Fiza Kamarudin
03/06/2020
13:04 MYT
Akhir-akhir ini kes pemandu mabuk semakin menjadi-jadi! Tak keterlaluan jika golongan ini digelar keji terutama yang menyebabkan kes mati.
Beberapa hari lalu, seorang pemandu mabuk melanggar penghantar makanan sehingga mati dan menjadi tular di laman sosial.
Nahas yang berlaku kira-kira jam 1.30 pagi di Lebuh Raya Iskandar menghala ke Kuala Lumpur itu, Mohamed Zaili Mohamed, 44, dirempuh dari arah belakang oleh pemandu lelaki yang memandu kereta Nissan Livina. Dikatakan semasa kejadian mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Antarabangsa selepas menghantar makanan yang dijual oleh isterinya.
Akibat pelanggaran itu, mangsa terbabas di bahu kiri jalan dan motosikal yang ditunggangnya diseret sejauh lebih kurang dua kilometer dari lokasi dilanggar.
Melampau!
Pemandu yang berada di bawah pengaruh alkohl berlebihan itu hanya memberhentikan kenderaan yang dipandu di bawah jejantan Stesen LRT Titiwangsa selepas ditahan orang awam.
Itu pun ketika video dirakam, pemandu berkenaan hanya mengeluarkan tangan menunjukkan tanda ‘bagus’ sebelum memberhentikan kenderaannya!
Ni nak cakap sikit, di manakah letaknya nilai kemanusiaan? Penulis bersetuju dengan warganet yang mahu hukuman lebih berat dikenakan terhadap pemandu mabuk ini yang terang-terangan mengancam nyawa insan lain yang tidak berdosa.
Bayangkan, dalam tempoh lima bulan ini sebanyak 21 kes membabitkan pemandu mabuk dicatatkan yang mana lapan mangsa meninggal dunia, menghampiri keseluruhan 23 kes yang dicatatkan sepanjang tahun lalu. Penulis juga bersetuju dengan saranan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sudah mengarahkan Kementerian Pengangkutan untuk merangka pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) supaya hukuman lebih berat dikenakan terhadap individu yang disabitkan dengan kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah.
Cuma, penulis berharap agar pindaan tersebut boleh dipercepatkan kerana golongan ‘pemabuk’ ini dilihat semakin menjadi-jadi seolah-olah tidak peduli dengan hukuman dikenakan!
Berbaloi atau tidak?
Mengikut undang-undang sedia ada, individu yang memandu dalam keadaan mabuk boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan.
Bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian pula, pesalah boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 dan penjara maksimum 12 bulan.
Berbaloi atau tidak untuk harga sebuah nyawa? Untuk keluarga yang hilang tempat bergantung dan sumber utama yang menyumbang pendapatan keluarga?
Fikir-fikirkanlah!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Polis Cedera Parah Dirempuh Pemandu Mabuk Ketika Bertugas

gempak
14/07/2024
22:00 MYT
Seorang anggota polis trafik cedera parah akibat dirempuh pemandu mabuk ketika sedang mengawal lalu lintas di Kilometer 3.6 Jalan Pantai menghala ke Permas Jaya di sini pagi tadi.
Laman Utama

#NakCakapSikit: Mana Hilangnya Telur Ayam? Semua Dah Tak Bertelur Ke?

gempak
09/02/2022
12:40 MYT
Tertanya-tanya la jugak mana hilangnya. Kalau ada pun harga mahal yakmat!
Laman Utama

"Kalaulah Tanya Pakcik Ok Ke, Panggil Ambulans, Mungkin Boleh..." - Dr Say Kecewa Insiden Pemandu Lori, Langsung Tiada Pertolongan Diberi?

gempak
06/01/2022
01:30 MYT
Doa sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa
Laman Utama

#NakCakapSikit: Tak Bagi Keluarkan KWSP Tapi Galakkan Buat Pinjaman TEKUN?

gempak
29/12/2021
14:17 MYT
Lebih Rela Rakyat BERHUTANG Daripada Keluarkan Duit Sendiri?
Laman Utama

#NakCakapSikit: Ambil Iktibar Dengan Bencana Yang Berlaku, Sudah-Sudahlah Menuding Jari!

gempak
22/12/2021
12:40 MYT
Bukan masa untuk 'aku salahkan kau, kau salahkan aku'!