Skip to main content

Viral

“Nak Tegur Kak Ifa Boleh, Tapi Jangan Maki Hamun, Hina & Buat Kerja Tuhan” - Amin Idris

amin-idris.jpg

Pengacara televisyen, penulis dan penceramah bebas, Amin Idris mengulas mengenai isu yang banyak terkait dengan penyanyi Ifa Raziah sejak kebelakangan ini.

Menerusi sepotong video yang dikongsikan di TikTok, Amin memberi nasihat kepada Ifa mengenai aliran pemikiran fikratul irja’ dan dalam masa yang sama turut menasihati netizen untuk tidak berlebihan ketika memberi teguran.

“Kecoh dua, tiga, hari hari ini tentang isu Kak Ifa Raziah. Hari tu isu Mekah, kemudian isu menari gelek dan terbaharu isu dia buat live ketika solat untuk buktikan pada netizen yang tuduh dia sebagai jahil dan tak solat sebagai salah.

“Sebelum pergi lanjut apa yang saya cakap bukan untuk Kak Ifa sahaja tetapi untuk semua yang menonton video.

“Pertama sekali, kita tak boleh pisahkan hati dengan perbuatan. Dia mesti berkait. Ada satu aliran pemikiran yang sesat, nama dia fikratul irja’ atau fikra murji’ah. Bagi mereka hati tiada kaitan dengan perbuatan.

“Contohnya, ‘Aku membunuh takpa yang penting aku beriman.’, ‘Aku pakai seksi takpa yang penting aku beriman pada Allah.’, ‘Aku buat maksiat takpa aku buat dosa takpa yang penting aku solat aku beriman.’. Ini semua adalah pemikiran yang salah lagi menyesatkan, yang kita kadang-kadang tak perasan terbuat jadi kita kena tinggalkan,” ulasnya.
 

 

Must-Watch Video

Advertisement