Laman Utama

"Nak Tunjuk Takut Dikata Propa" - 6 Doktor Pakar Gagal Kesan Penyakit Misteri Ustaz Kazim Elias, Masih Teruskan Perubatan Alternatif

gempak
Amri Hassan
17/02/2022
02:55 MYT
Sponsor Banner
"Nak Tunjuk Takut Dikata Propa" - 6 Doktor Pakar Gagal Kesan Penyakit Misteri Ustaz Kazim Elias, Masih Teruskan Perubatan Alternatif
Pendakwah popular Datuk Ustaz Kazim Elias memberitahu masih meneruskan rawatan bersama enam doktor pakar bagi merawat sakit misteri yang dialami sejak tahun lalu.
BACA: Ustaz Kazim Jumpa Gambar Sendiri Separuh Terbakar Dalam Bekas Abu - "Ada Yang Pernah Nampak Gampar Saya Dalam Peti Sami Di Bangkok"
BACA: "Mohon Doakan..." - Terpaksa Guna Kerusi Roda, Ustaz Kazim Elias Terkena Buata Orang?
Kata Ustaz Kazim, 49, biarpun penyakit misterinya gagal dikesan, beliau tetap istiqamah dan berikhtiar untuk meneruskan rawatan moden dan alternatif.
"Alhamdulillah saya masih meneruskan rawatan di hospital setakat ini dengan enam doktor pakar. Mereka sampai sekarang tidak dapat mengenal pasti penyakit yang saya hadapi.
"Memang jawapan yang saya dapat setiap kali buat rawatan seperti yang dijangka tapi saya mengikut prosedur mereka semua untuk membuat MRI, ambil darah dan sampel spesimen.
"Jadi bila mengatakan tidak ada penyakit dan tidak diketahui tidak ada masalah, saya okey dan teruskan dengan rawatan alternatif dan masih meneruskan rawatan itu ketika ini.
"Bagaimanapun, dengan doktor saya tetap membuat rawatan dan ada lagi pemeriksaan susulan minggu depan di Hospital Pakar Ipoh.
"Saya takut bila saya tidak pergi ke rawatan moden, nanti ada yang cakap tidak jumpa doktor pakar dan ada pula yang beri tindak balas padahal saya sudah buat semua prosedur termasuk dua tiga bulan jalani pembedahan," katanya kepada Gempak.
Ustaz Kazim ditemui pada majlis pelancaran perisa baharu Susu Kambing Faa-iz di Kompleks Islam Darul Faizin (KIDaF), Kedah pada Rabu.
Menceritakan semula keadaan ketika kakinya dibedah sekitar hujung tahun lalu, kata Ustaz Kazim doktor tidak menemui sebarang masalah. Malah, tiada darah atau nanah yang keluar ketika dibedah.
"Sebab kaki saya dah bengkak maka saya izinkan doktor untuk membelah dan memeriksa keadaan saya.
"Bila dibelah tidak ada darah dan nanah. Bukti video saya ada tetapi masalahnya hendak tunjuk kepada media takut dikatakan cari propa (propaganda).
"Itu yang berlaku dan bukan saya tidak serahkan kepada rawatan pakar. Malah ada juga rakaman video di mana kaki saya dibedah tidak keluar darah walhal saya dah makan ubat cair darah dan bila luka sikit pun keluar darah banyak sebelum ini," tambahnya.
Terdahulu, Ustaz Kazim pernah membuat perkongsian sebuah video ‘live’ di laman Facebook milik beliau pada Oktober tahun lalu, termasuk menunjukkan wajahnya yang kelihatan semakin cengkung dan uzur.
Menerusi paparan itu, beliau yang sering muncul dalam program dan forum agama Islam di kaca televisyen sebelum ini mendedahkan mengalami perubahan fizikal yang ketara pada wajah terutama bahagian mata dan bibir.
Tambahnya lagi, beliau dapat merasakan penderitaan yang dialaminya kini mungkin sihir yang berkaitan hasad dengki dan iri hati pihak yang tidak menyukainya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live