Beberapa hari lepas #NakCakapSikit sempat tertengok tawaran menarik untuk mendapatkan sijil vaksinasi palsu!

Kalau sebelum ni tular tentang ‘nak pinjam sijil digital vaksinasi’ kan, yang kali ni #NakCakapSikit tengok dah upgrade tau!

Dah tak payah pinjam-pinjam dah, boleh beli tau! Lagi senang! Harga pula ikut kategori…Ternganga jap masa tengok tu.

Tawaran yang diberikan bukan kaleng-kaleng ya…Dah macam handbag ‘fufu’, ada gred A, gred B! Hebat bukan?

Agak-agak kalau nak selamat dan tak kantoi dengan pihak berkuasa boleh pilih pakej paling mahal yang berharga RM1500 kalau rasa nak bajet-bajet pilihlah yang lebih murah.

Like…seriously? Ada yang sanggup keluar duit semata-mata nak dapatkan sijil digital palsu ni tau. Peliknya…vaksin yang diberi percuma ditolak mentah-mentah siap keluar dakyah entah apa-apa.

Hari ini #NakCakapSikit ada terbaca mengenai kenyataan Pakar Perunding Perubatan Kecemasan HTAR Dr Ahmad Tajuddin Mohamad Nor bahawa kira-kira dua pertiga daripada pesakit yang diterima di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, adalah berusia bawah 60 tahun.

Fenomena terbaharu di HTAR sekarang ialah orang muda, tiba di hospital dengan jangkitan COVID-19 yang teruk, berstatus komorbid serta tidak divaksinasi.

Malah bilangan tersebut mengatasi jumlah pesakit warga emas komorbid tetapi lengkap vaksinasi COVID-19.

Menurut Dr. Ahamd Tajuddin, pengaruh antivaksin mungkin main peranan dalam kematian akibat COVID-19 di kalangan orang lebih muda.

Lebih menyedihkan golongan antivaksin yang turut digelar antivaxxer, kini menjadi kelompok yang mendominasi katil hospital dan juga penyumbang angka kematian akibat COVID-19 di negara-negara yang telah memulakan pemvaksinan lebih awal seperti Amerika Syarikat dan Israel.

Nah...berita selanjutnya...bolehlah baca di sini. Fikir-fikirkanlah! Dan #NakCakapSikit rasa ada logiknya juga...

Aduh…sudah-sudah lah wahai antivaxxer sekalian…Takkan tak ada sekelumit rasa nak bantu diri sendiri atau orang sekeliling?

Cukup-cukuplah canang berita kononnya Covid-19, vaksin ini konspirasi…Esok-esok kalau anak-anak korang pun tak dibenarkan datang sekolah hanya disebabkan ego mak bapak dorang, jangan menjerit salahkan kerajaan pula!

Kerajaan dah buka jalan, tapi korang yang tak mahu guna! Haiiii…entahlah!