Pelakon Hisyam Hamid mengucapkan selamat berjaya untuk anak perempuannya, Nurish yang menduduki PSLE (peperiksaan akhir sekolah rendah di Singapura) bermula hari ini.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Menurut Hisyam, dia telah melihat usaha keras anaknya itu untuk mencapai kejayaan.

"Selamat berjaya buat kamu yang menduduki PSLE, Saya sudah nampak segala usaha keras kamu untuk menjadi lebih baik.

"Hanya lakukan yang terbaik dan jangan terlalu menekan diri sendiri, ia hanya peperiksaan yang harus dilalui, love you princess," tulisnya sebagai kapsyen.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon positif dan turut mengucapkan selamat berjaya buat Nurish.

Here’s wishing u all the very best for your PSLE (UPSR) tomorrow. I know & i’ve seen the amount of hard work u’ve put in. Always striving to be better. Just give your best shot; don’t be too pressuring on urself ok, it’s just another paper. Love u princess ? #minime #hisyamhamidfamily #adidasMY

A post shared by Hisyam Hamid (@hisyamhamid7) on


Imbas kembali, Hisyam telah mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Rosmawati Hanafi pada 2 September 2006 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.