Pengacara dan usahawan fesyen muslimah, Neelofa dianugerahkan sebagai Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith Bagi Kategori Tokoh Berpengaruh Mega atau influencer oleh kerajaan Kelantan sempena sambutan Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) 2021.

Memetik laporan Sinar Harian, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor merupakan salah seorang daripada 14 wanita yang menerima anugerah pada majlis tersebut.

Bagaimanapun, Neelofa tidak hadir ke majlis tersebut kerana difahamkan berada di Langkawi selepas melangsungkan perkahwinan pada Sabtu lalu.

Bukan itu sahaja, tiada wakil atau ahli keluarga daripada selebriti itu hadir untuk menerima anugerah yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.

HSK yang merupakan program tahunan yang diperkenalkan kerajaan Kelantan itu bagi meraikan, mengiktiraf peranan serta sumbangan wanita dalam pembangunan di negeri ini.

Program ini dianjurkan oleh Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan.


Sumber: Sinar Harian