Laman Utama

Netizen Kecam Ayda Jebat Nak Bersalin Czer, Dr. Say; "Celah Mana Tak Layak Bergelar Ibu?"

gempak
Amri Hassan
01/09/2021
06:50 MYT
Sponsor Banner
Netizen Kecam Ayda Jebat Nak Bersalin Czer, Dr. Say; "Celah Mana Tak Layak Bergelar Ibu?"
Pilihan pelakon dan penyanyi Ayda Jebat untuk bersalin puteri sulungnya melalui teknik pembedahan Caesarean (czer) mengundang persepsi negatif netizen.
Ada yang menganggap pilihan Ayda dan suami, Nabil Mahir itu 'tidak real untuk bergelar ibu' selain kurang susu badan, memalukan dan sebagainya lagi.
BACA: Ada Yang Kata Ibu Beranak Czer Tak Real Jadi Ibu, What?! - Ayda Jebat Minta Doa Yang Baik, Jangan Negatif
BACA: "Sibuk Jaga Po** Orang" - Ayda Jebat Tempelak Perangai Biadab Netizen, Tergamak Persoal Alat Sulit...
Hal itu menarik perhatian Dr. Say Shazril yang mengulas mengenai persepsi kolot segelintir masyarakat tentang bersalin secara czer.
Malahan, isterinya sendiri, Dr. Azura Abbas telah dua kali menjalani pembedahan czer untuk melahirkan zuriat mereka.
"Triggered dengan makcik bawang yang komen kepada post Ayda Jebat yang memandang jelek bersalin melalui pembedahan atau caesar maka jom buka topik 'bersalin ikut tingkap'.
"Kepada yang tak tahu, isteri saya bersalin kali pertama through emergency caesar & kali kedua through elective caesar. Kalau tanya saya, semestinya saya suka isteri bersalin cara biasa sebab kurang komplikasi & kurang hospital stay.
"Namun kali pertama bersalin kami terpaksa caesar sebab tali pusat menjerut kuat leher baby maka takkan saya nak cakap dengan bini “ehhh jangan, caesar mahal, cuba u try teran kuat sikit, berak, berak”.
"Kali kedua pakar kami cerita ada 20% risiko kegagalan untuk bini bersalin biasa maka saya decide saya taknak amik risiko tu & nasihatkan bini to go for elective caesar," ceritanya.
Ulas Dr. Say lagi wanita yang bersalin secara pembedahan turut berdepan risiko malah lebih tinggi berbanding wanita yang bersalin normal.
"'Best la bersalin caesar tak sakit'. Masa tengah bersalin memang tak sakit langsung sebab dapat bius, boleh sembang-sembang sambil perut dan rahim dibelah, tapi Allah Maha Adil.
"Lepas habis pembedahan tanyalah mak-mak yang dah pernah caesar macam mana peritnya. Ada yang sebulan terlantar akibat kesakitan.
"Yang bersalin normal hari yang sama atau keesokan hari boleh balik rumah tapi yang bersalin caesar minimum kena tahan wad 2 hari. Kalau tak kentut tak berak haa kena tahan lagi lama.
"Cakap pasal komplikasi bersalin caesar pulak boleh kena jangkitan pada luka pembedahan, pendarahan melampau, risiko darah beku yang boleh pergi ke paru-paru yang boleh menyebabkan kematian, risiko rahim pecah on next pregnancy dan banyak lagi," terangnya.
Tegas Dr. Say lagi tidak perlu wujud istilah wanita layak dipanggil ibu atau tidak meski bersalin daripada teknik mana sekali pun.
"Dah tu celah mananya wanita yang bersalin caesar ni tak layak bergelar ibu kalau bersalin caesar lagi banyak risiko & komplikasinya?
"Tolonglah ubah pemikiran kebelakang ni. Yang penting KESELAMATAN & KESEJAHTERAAN ANAK & IBU ITU.
"Pada Hari Kemerdekaan Ke-64, apa kata kita merdekakan diri dari pemikiran kolot sebegitu?
"Belum masuk topik breast milk vs formula milk & pantang vs tak pantang. THEY DO THEM & YOU DO YOU okay?" tambahnya.
Perkongsian Dr. Say turut menarik perhatian beberapa doktor perubatan lain termasuk isteri kepada angkasawan negara, Dr. Halina.
"Alah, nanti anak dah besar dorang tak peduli apa cara amk dorang lahirkan dorang. Yang dorang ingat, kasih sayang, tunjuk ajar, masa yang kita luangkan untuk dorang," kata Dr. Halina.
Tambah Perunding Reproduktif, Perbidanan & Sakit Puan, Dr. Maiza pula; "Czer tak merendahkan seseorang wanita malah lebih menjadikan mereka superwoman."
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live