Sejauh mana anda akan pastikan pakaian yang dipakai bebas daripada jangkitan COVID-19 terutamanya ketika di tempat awam?

Adakah hanya membawa 'hand sanitizer' sudah cukup?

Namun, bagi seorang jurutera ini, dia mengambil langkah yang lebih proaktif dengan menyarung pakaian pelindungan yang diciptanya sendiri.

Apa yang lebih menarik, pakaian ini diperbuat sepenuhnya daripada plastik sampah.



Menerusi laporan Bernama, Zamakhyari Khairiri, 41 menjelaskan dia mencipta pakaian tersebut untuk berasa lebih selamat ketika di tempat awam.

Menurut Zamakhyari, selain baju, dia juga turut memakai topeng muka, bercermin mata ‘goggle ski’ dan berkasut ‘but’ getah.

Demi memastikan dirinya dilindungi dari jangkitan COVID-19, seorang jurutera sanggup memakai pakaian perlindungan diri yang dibuatnya sendiri daripada beg plastik sampah, ketika mengunjungi sebuah pasar raya, di sini.

“Saya tidak kisah dengan keadaan ini, malah merasa bangga kerana ia boleh menjadi satu cara berkempen, bagi mengingatkan orang awam akan langkah yang perlu dilakukan bagi membendung virus ini.

“Tempat seperti ini (pasar raya) mempunyai potensi yang tinggi untuk terkena jangkitan virus itu (COVID-19), dan ini adalah ikhtiar kecil yang saya lakukan demi menjaga keselamatan keluarga dan orang sekeliling daripada virus itu,” katanya.

Sumber: Bernama