Bekas kekasih kepada pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah, Niezam Zaidi meluahkan rasa tidak percaya dengan berita tular melibatkan kekasihnya itu.

Niezam menerusi sebuah hantaran di sosial media Instagram (IG) berkata dia sedikit pun tidak percaya kata-kata orang lain terhadap bekas kekasihnya itu.

Menerusi hantaran tersebut Niezam turut memuat naik foto dia bersama Nonny pada awal Januari lalu.

“Aku tidak percaya sedikit pun kata-kata, kerana aku lebih percaya pada ALLAH.

“Dan kepada yang kecam, kata bukan-bukan tanpa bukti sahih berubahlah…Kadang itu ujian buat kita, janganlah cepat buruk sangka.

“Nanti boleh jatuh fitnah, jenuh nak cari dia kat padang yang luas di sana nanti, banyak sangat DM cakap itu cakap ini.

“Wait a minute..Mudah kalau kalian tadah tangan dan doa yang terbaik buat insan yang kalian kata itu ini. Kita doakan yang baik-baik ok,” katanya.

[[BACA: Mila Menggigil Tak Percaya Lihat Perubahan Nonny]]

Tambah Niezam lagi, dia yakin bahawa akaun IG Nonny telah digodam pihak tidak bertanggungjawab kerana bekas kekasihnya itu sudah lama tidak aktif di laman sosial tersebut.

Dalam pada itu Niezam sempat mendoakan Nonny agar sentiasa dirahmati Allah dan diberkati selain menintipkan salam rindu buat wanita yang pernah bertakhta dihatinya itu.

“Lagi satu, dia dah lama tak aktif IG. Aku yakin IG dia kena hack. (Ini gambar last aku dengan dia 8.1.21).

“Semoga sentiasa dirahmati dan diberkati NNZ & keluarga, Salam R.....,” tulisnya.

[[BACA: Niezam Zaidi Tuju Status Buat Nonny Nadirah?]]

A post shared by Incek Steady (@niezamzaidi)