"Dah pakai macam ni tolong jangan buka dah macam hari tu dedah aurat. Tolong sangat-sangat," rayu netizen di Instagram ketika Nora Danish berkongsi fotonya anggun berbaju kurung dan bertudung litup.

Tiga keping foto memaparkan Nora penuh kudus itu kebanyakannya mendapat respon positif daripada peminatnya termasuk rakan selebriti.



Malah, ramai juga yang memuji kejelitaan Nora yang nampak lebih muda, tenang dan persis beberapa selebriti tanah air antaranya Mira Filzah.

"Ini barulah perempuan Melayu terakhir," komen @abdkhalex.

"Cantiknya Nora pakai baju kurung, teruskan berpakaian macam ni barulah cantik," puji @ismailabd581010.

"Macam anak dara.. cantik sangat," tambah @darlinohana.

"Tentu hati rasa tenang kan pakai macam ni," kata @rosilla_a.

"Muka macam Mira Filzah pun ada, manis.. sejuk mata memandang," kata @faridahesmin.



Namun, ada juga yang terus menasihati Nora untuk teruskan usaha menjaga aurat dan berpakaian sopan.

"Kejap buka kejap tutup, pening aku sebagai netizen. Korang jangan kecam aku cakap je, sebab cantik bila dia tutup, bila buka mata aku auto jadi sedih," luah salah seorang pengguna di ruang komennya.

Difahamkan Nora terbabit dengan sesi fotografi jenama pakaian tempatan di beberapa lokasi di sekitar ibu kota.

Malah, aksinya terhantuk tiang ketika cuba memanjat tebing bangunan Sultan Abdul Samad turut mencuit hati.



Terdahulu, aksi daring Nora ketika bercuti di pulau peranginan Langkawi, Kedah mendapat reaksi kurang menyenangkan daripada kalangan wargamaya.

BACA: Belum Reda Dikecam Kerana Punggung, Nora Danish Belanja Foto Santai Di Langkawi

BACA: "Kami Sebagai Tikus Makmal Rasa Bertuah" - Done Langkawi! Nora Danish Harap Boleh Melancong Lagi

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!