Laman Utama

Nora Tak Baca Komen Negatif Netizen - "Saya Sujud Syukur, Tak Sangka Dapat Anugerah Ini..."

gempak
Fiza Kamarudin
02/02/2021
09:54 MYT
Sponsor Banner
Nora Tak Baca Komen Negatif Netizen - "Saya Sujud Syukur, Tak Sangka Dapat Anugerah Ini..."
Penyanyi Nora Ariffin enggan mengulas panjang mengenai anugerah pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) diterimanya yang menjadi pertikaian netizen semalam (Ahad).
Nora ketika dihubungi Gempak berkata, tidak wajar baginya memberikan komen mengenai perkara tersebut kerana ia merupakan pengiktirafan daripada Yang Dipertuan Agong (YDPA).
“Kalau ada yang tidak puas hati, mungkin boleh rujuk kepada Kementerian atau badan yang sewajarnya.
“Saya sujud syukur kerana tidak pernah menyangka akan mendapat pingat ini. Menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan Baginda.
"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Wilayah Persekutuan atas anugerah yang dikurniakan ini.
“Apapun terima kasih kepada semua yang telah memberikan sokongan dan kata-kata semangat. Saya juga memohon maaf kerana saya tidak baca komen-komen negatif.
“Saya sudah berada dalam industri muzik hampir 30 tahun dan rasanya tidak wajar untuk saya komen banyak-banya fasal ni,” katanya.
Semalam selepas anugerah yang membawa gelaran Datuk diterima penyanyi Hanya Satu ini dipertikai wargamaya, sebuah ruangan pojok popular di Intagram, Sepit Siput berkongsi trivia mengenai syarikat Hud-Hud Media yang dibangunkan Nora dan suami, Allahyarham Johan Nawawi.
Menurut fakta yang dikongsi, kejayaan demi kejayaan ditempa Hud-Hud Media sehingga membawa nama Malaysia ke luar negara antara sumbangan anak seni bernama Nora Ariffin ini bersama suami.
Hud-Hud Media telah melakar banyak kejayaan termasuk menandatangani perjanjian dengan dua syarikat Korea, Intersave Co., Ltd. dan RXO Group Co., Ltd. di Asia Content and Entertainment (ACE) Fair di Gwangju, Korea Selatan pada tahun 2016.
Antara kejayaan lain Hud-Hud Media ialah menerbitkan siri animasi islamik, UMMI dalam bahasa Melayu dan Inggeris.
Malah musim pertama dan kedua siri animasi tersebut juga pernah merentasi siaran luar dari Malaysia, Indonesia dan Nusantara.
Hud-Hud media juga telah menerbitkan Album VOU, yang dinyanyikan oleh Nora Ariffin dan anak-anak serta lagu Erti Al- Fatihah telah meninggalkan impak terbesar buat mereka.
“Video-video muzik islamik telah mendapat jutaan viewing dari pelbagai negara. Ianya juga digunakan sebagai medium pembelajaran hampir di seluruh sekolah-sekolah agama.
“Selain itu hasil kerjasama bersama Karangkraf, kami juga menghasilkan banyak buku kanak-kanak, komik UMMI dan menggunakan teknik teknologi terkini seperti AR (Augmented Reality).
“Tapi bagi saya, itu semua bukan hasil usaha saya seorang, tetapi adalah juga hasil kerja bersama saya, rakan usaha saya, En. Syamil, Fahim dan team saya di Hud Hud Media,” katanya.
Hud-Hud Media telah beroperasi sejak 2011 dengan menerbitkan siri animasi islamik.
Setelah arwah Johan Nawawi meninggal, Nora Ariffin memikul tugas dan memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Hud-Hud Media.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024