Di saat orang ramai berjaga-jaga dengan ancaman varian COVID-19 Omicron COVID-19, lain pula bagi 55 individu ini apabila kesemua mereka dengan beraninya menganjurkan 'private party’.

Perkara itu didedahkan Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor

Menurut Amihizam, seramai 55 individu dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Taman Tun Dr Ismail pada Sabtu.

"Premis tersebut disyaki menganjurkan 'private party’.

“Kehadiran pengunjung yang ramai dilihat sedang berhibur sambil minum arak hingga menyukarkan penjarakan fizikal," katanya.

Jelas Amihizam, pihaknya menahan dua pekerja dan 33 warga asing dari 21 negara selepas menjalankan pemeriksaan terhadap tiga pekerja lelaki dan 85 pengunjung termasuk 38 wanita.

"Kami juga merampas satu unit pembesar suara, mikrofon dan sebuah 'mixing console'," katanya.

Difahamkan, kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Hiburan, Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPPB)1988, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 17 Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) (Pindaan) 2021.

Sumber : Sinar Harian