Pameran yang dinanti-nantikan peminat K-pop, The Daydream Believers yang menampilkan potret dan perjalanan seni kumpulan ternama Korea Selatan termasuk BTS, Tomorrow X Together, Enhypen, Le Sserafim, Fromis_9 dan &Team bakal berlangsung di Malaysia tidak lama lagi.

Pameran anjuran Yes Travel & Holidays dan Sat Entertainment tersebut akan diadakan dari 1 Julai hingga 1 September (pukul 10 pagi hingga 10 malam) di Lalaport BBCC, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Menyusuli Seoul, Jepun, dan lokasi penganjuran terakhirnya di Taipei sebelum ini, pameran berkenaan bakal menampilkan potret 54 artis daripada 7 kumpulan tersebut diiringi dengan kisah perjalanan mereka dalam merealisasikan impian mereka sebagai kumpulan K-pop kontemporari yang terkemuka dunia.

BERITA TRENDING: Lisa Blackpink Beli Rumah ‘Tersorok’ Di Beverly Hills, Harga RM19 Juta

BERITA TRENDING: ​Sekolah Menengah K-Pop Dibuka Di Busan Pada 2028!

BERITA TRENDING: Why Did BamBam Wear Gloves for His First Solo KL Concert? The Answer Will Make You Love Him

BERITA TRENDING: “Kenapa I Feeling Nak Jadi Kpop Idol? Sebab I Rasa I Macam Rose” - Netizen Terkedu Isteri Haqiem Rusli Anggap Diri Seperti Anggota…

BERITA TRENDING: 2 Tahun Susah Move On, Meer Nash Tuju Lagu Kajima Untuk Bekas Kekasih! - "Ini Lagu Paling Gelap Pernah Saya..."

BERITA TRENDING: Anggota Berkumpulan Ditangkap Mabuk & Tertidur Dalam Kereta ‘Curi’ Di Tepi Jalan

Para peminat berpeluang untuk mendalami dengan lebih dekat kisah di sebalik kejayaan kumpulan muzik ternama tujuh kumpulan fenomena tersebut.

Pameran ini turut menawarkan pengalaman yang menyeluruh kepada peminat dengan mempersembahkan gambar-gambar artistik, pakaian asal yang dipakai oleh artis, dan kisah-kisah mereka kejayaan masing-masing.

Selain itu, ruang pameran akan menampilkan zon foto yang luas untuk merakamkan detik- detik yang tidak dapat dilupakan dalam gambar dan juga jualan barangan eksklusif yang pastinya akan memberi kejutan untuk peminat K-pop Malaysia.

Diskaun tiket awal

Selain diskaun pembelian tiket awal (RM88), para peminat juga boleh menyertai "The Daydream Believers Party" – sebuah konsert muzik kecil yang dianjurkan oleh Notes by YGM.


Tambahan lagi, persembahan tarian "The Daydream Believers K-Pop Dance Flash Mob" akan diadakan di jalan-jalan Bukit Bintang.

Tambahan pula, penganjur juga memperkenalkan pakej "Lawatan Kuala Lumpur The Daydream Believers" yang membolehkan para peminat membeli tiket bas istimewa untuk lawatan di sekitar Kuala Lumpur.

Para penumpang bas tersebut boleh melawati mercu tanda ikonik Kuala Lumpur dan setelah menyelesaikan tugas-tugas lawatan yang diberikan akan menerima hadiah misteri yang eksklusif.

Harga tiket adalah RM138, dengan diskaun pembelian awal sebanyak RM88 untuk pembelian yang dibuat sebelum 1 Julai.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan pembelian tiket, sila layari laman web rasmi tiket di www.ticket2u.com.my