Berita

Pasang 8 Kamera Intai Penyewa Bilik Dari Malaysia, Warga Singapura Usia 68 Tahun Dipenjara 10 Bulan

gempak
Gempak
18/07/2024
13:55 MYT
Sponsor Banner
Pasang 8 Kamera Intai Penyewa Bilik Dari Malaysia, Warga Singapura Usia 68 Tahun Dipenjara 10 Bulan
Seorang warga Singapura dijatuhi hukuman penjara selama 10 bulan selepas memasang lapan biji kamera di apartment miliknya semata-mata untuk mengendap seorang penghuni wanita dari Malaysia yang menyewa kediamannya.
Memetik The Straits Times, Daniel Poon Lee, 68, mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan voyeurisme (amalan mengintai orang lain bertelanjang) pada Selasa. Pertuduhan berasingan juga diambil kira untuk hukumannya.

Intai penyewa

Pada Januari 2019, mangsa berpindah masuk ke apartmen Poon yang terletak di Singapura. Bilik yang disewa oleh mangsa tidak memiliki bilik mandi.
Ketika itu, Poon turut tinggal di apartment sama bersama isteri. Mereka menggunakan bilik tidur utama.
Menurut timbalan pendakwa raya Ng Jun Chong, sebelum memasang kamera pengintip, Poon didakwa akan membuka kunci bilik mangsa dengan kunci utama dan memasuki bilik tidur wanita itu dengan kekerapan sebulan sekali.
Poon memberitahu mangsa yang dia memasuki bilik tidur untuk melakukan kerja-kerja seperti mengganti mentol, membersihkan kipas dan mengemop lantai. Difahamkan, Poon kadang-kadang akan memasak untuk mangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Pocong Intai Bella Astillah Dari Celah Pokok Kelapa Sawit - "Dia Macam Jenguk Kita..."

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Momen Seram, Uyaina Arshad Dengar Ketukan Pintu Tengah Pagi - “Intai Kat Peephole Pun Tak Nampak Apa Sebab…”

ARTIKEL BERKAITAN: "Ada Suruh Saya Tidur Menonggeng Terbalik" - Shakilla Khoriri Kena Ketumbit! Netizen Usik Intai Siapa Tu?

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Sebenarnya Dia Tahu Kau Intai Dia” - Rakaman ‘Hantu’ Menari Di Bilik Kosong Rumah Jiran Jadi Bualan Netizen

ARTIKEL BERKAITAN: Penerbit Buku Teringin Jalin Kerjasama Dengan Siti Nurhaliza Hasil Naskhah Kembara Seni Wanita Muslim

Mangsa pada mulanya berasa tidak senang dengan tindakan Poon. Namun, mangsa menerima tindakan lelaki itu dengan mengandaikan Poon bosan di rumah.
Sementara itu, Today Online melaporkan yang mangsa pernah pulang ke Malaysia pada hujung minggu. Namun sekatan perjalanan disebabkan wabak COVID-19 memaksa mangsa menghabiskan lebih banyak masa di bilik yang disewa.

Sepanjang dua tahun, Poon membeli lapan kamera pengintip dalam talian dan memasangnya di tempat yang boleh merakam mangsa tanpa pakaian. Sebagai contoh di bawah saluran penghawa dingin dan dalam soket USB dalam bilik mangsa. Kamera juga dipercayai dipasang dalam pemanas air di bilik mandi.

Kamera lain juga ditemui di beberapa kawasan biasa, seperti dalam jam penggera digital di dapur, lampu paparan di ruang tamu, dan jam dinding di ruang tamu. Bilik tidur utama Poon juga mempunyai kamera pengintip dalam pembesar suara.
Semua kamera disambungkan ke telefonnya, di mana dia boleh melihat rakaman secara langsung.
Menurut mahkamah, dia akan menggunakan ciri itu untuk merakam mangsa ketika menggunakan tandas dan menukar pakaian dalam bilik tidur.
Sekurang-kurangnya 49 imej tangkap layar daripada rakaman secara langsung ditemui pada komputernya.
Wanita itu mendapati dia menjadi mangsa intai pada April 2021, apabila dia melihat ada lubang kecil di dinding di bawah saluran penghawa dingin.
Dia menghalakan lampu suluh ke dalam lubang tersebut dan mendapati terdapat lampu merah. Dia memberitahu teman lelaki, sepupu, penyelia dan rakan sekerjanya tentang penemuannya.
Polis dimaklumkan mengenai penemuan tersebut selepas teman lelaki mangsa tiba di pangsapuri berkenaan dan mengesahkan punca lampu merah adalah kamera dengan sambungan USB.
Ketika itu, Poon tiada di rumah. Sepupu mangsa tidak menemui sebarang kamera pengintip di dalam bilik air sebelum polis tiba.
Timbalan pendakwa raya berhujah bahawa tahap perancangan dan premedikasi Poon adalah sangat tinggi, kerana kamera-kamera berkenaan tersorok dengan baik sehingga sukar untuk mencarinya.
The Straits Times melaporkan bahawa kes voyeurisme telah meningkat di Singapura, menjangkau sebanyak 12 peratus daripada 424 pada 2022 kepada 476 pada 2023.
Jenayah tersebut paling kerap dilakukan di premis kediaman, kompleks membeli-belah, dan pengangkutan awam.
Sumber: The Straits Time, Today Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live