Viral

Pasangan Pengantin Ini Pilih Untuk Nikah Pukul 4 Pagi

gempak
Gempak
10/07/2024
06:55 MYT
Sponsor Banner
Pasangan Pengantin Ini Pilih Untuk Nikah Pukul 4 Pagi
Tindakan sepasang pengantin baharu di Kudus, wilayah Jawa Tengah yang melangsungkan pernikahan pada pukul 4 pagi (waktu tempatan) semalam berjaya mendapat perhatian ramai.

Akad nikah 4 pagi

Berdasarkan hantaran di platform TikTok yang dimuat naik oleh jurusolek dikenali sebagai Yulia, memaparkan situasi kali pertama dia berkhidmat kepada pelanggan yang bernikah ketika orang ramai sedang nyenyak tidur.
Menurut Yulia, semua pihak yang bertugas bersiap sedia dengan tanggungjawab masing-masing menjelang detik akad nikah pada 14 Jun lalu dan memberikan sepenuh komitmen mereka.
ARTIKEL TRENDING: Aisyah Hijanah Nafi Dakwaan Seleweng Duit Derma Orang Awam, Bakal Ambil Tindakan - “Jika Saya Berdiam Pun Tetap Disalahkan”

ARTIKEL TRENDING: Alif Teega, Aisyah Hijanah Nafi Terlibat Komisyen Derma 20% - "Malah Muka Kami Digunakan Tanpa Izin"

​ARTIKEL TRENDING: ‘Kaut’ Komisen Lebih 4 Peratus Daripada Kutipan Derma? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Dari Segi Hukum Syarak

​ARTIKEL TRENDING: Ini Jumlah Derma Yang Disumbangkan Gigi & Bella Hadid Untuk Palestin

​ARTIKEL TRENDING: RM564,000 Terkumpul Untuk Tabung Bantuan Kanak-Kanak Palestin Selepas Ariana Grande Kongsi Link Derma Di IG Story

“Suasana majlis akad nikah pukul 4 pagi (waktu tempatan). MUA (jurusolek) datang pukul 1 pagi (waktu tempatan), jurugambar dan juruvideo datang pukul 3 pagi (waktu tempatan). Wakil penghulu datang tepat pukul 4 pagi (waktu tempatan),” tulisnya pada hantaran tersebut.
Bagaimanapun, tidak dinyatakan punca pasangan pengantin mengadakan majlis pernikahan pada waktu seperti itu.
Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.
“Siapalah yang menetapkan waktu pernikahan itu.
“Saya bernikah pukul 9 pagi (waktu tempatan) pun mekap dari pukul 3 pagi (waktu tempatan). Apatah lagi pukul 4 pagi,” komen beberapa netizen.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live