Laman Utama

Patah Tengkuk Lalu Maut Ketika Angkat Barbell Seberat 210 Kilogram, Ini Kronologi Kejadian Yang Menimpa Influencer Bina Badan, Justyn Vicky

gempak
Izwan Isa
24/07/2023
00:50 MYT
Sponsor Banner
Patah Tengkuk Lalu Maut Ketika Angkat Barbell Seberat 210 Kilogram, Ini Kronologi Kejadian Yang Menimpa Influencer Bina Badan, Justyn Vicky
Seorang ahli bina badan dari seberang, Justyn Vicky meninggal dunia selepas mengalami kemalangan ngeri di sebuah gimnasium di Bali, Indonesia pada 15 Julai lalu.
Lelaki yang juga influencer kecergasan itu maut apabila gagal mengangkat sebuah barbell, yang ditampan menggunakan bahunya. Ketika itu, dia ditemani oleh seorang penyelia yang berada bersama di belakangnya.

Jatuh ke belakang

Dipetik dari laman Channel News Asia menerusi Detik.com, kejadian tersebut berlaku apabila Justyn cuba melakukan squat-press dengan barbell diletakkan di bahu. Menurut laporan, barbell yang diangkat Justyn seberat 210 kilogram.
Diiringi oleh penyelianya, Justyn meletakkan barbel besi di belakang atau bawah leher. Apabila cuba berdiri, Justyn tidak dapat berdiri disebabkan besi pemberat tersebut.
Justyn duduk dan jatuh ke belakang dalam kedudukan besi barbell membengkokkan belakang lehernya.
“Dia gagal menyempurnakan angkatan, dengan saat sebelumnya dia mengangkat beban dari bahu dan kemudian mengenai leher hingga kepala,” lapor Bali Discovery.

Dibawa ke hospital

Justyn dilaporkan mengalami kecederaan yang mencetuskan gangguan saraf pada jantung dan sistem pernafasannya. Justyn dibawa ke hospital, namun dia tidak dapat diselamatkan.

Berita kematian

Khabar sedih tentang kematian tersebut turut disahkan oleh The Paradise Gym Bali, tempat dia bekerja serta lokasi kemalangan.
"Justyn adalah lebih daripada sekadar guru kecergasan; dia adalah inspirasi, motivasi dan sokongan yang utuh. Tenaga dan semangat untuk membantu orang lain untuk mengubah kehidupan mereka sangat menyentuh kami.
“Melalui latihan yang tidak terkira banyaknya, kata-kata semangat dan bimbingan yang penuh kasih sayang, telah menjadi sebahagian daripada perjalanan kecergasan kami dan keluarga gimnasium kami," ucap takziah gim itu.
Paradise Gym Bali berkata, setiap sesi latihan di gimnasium, Justyn menjadikan persekitaran berasa selesa dan menyeronokkan. Justyn juga sering menggalakkan pengunjung gimnasium menjaga kesihatan fizikal dan mental.
Sumber: Detik.com
BACA: Gara-Gara Ikut TikTok Challenge, 4 Maut Patah Leher - "Ia Dirakam Isteri & Disaksikan Anak"
BACA: “Mungkin Pandang Telefon Bimbit Terlalu Lama” - Riezman Khuzaimi Dedah Kemungkinan Punca Alami Slip Disc​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024