Sambutan yang diterima oleh filem Polis Evo 3 sejak ditayangkan pada 25 Mei lalu cukup menggalakkan.

Selain meraih kutipan sebanyak RM45 juta setakat 16 hari, filem arahan Syafiq Yusof itu juga dilihat menjadi pilihan terutama penggemar filem-filem tempatan.

Tidak hairan banyak ciapan di Twitter yang memuji dan menyukai filem yang menampilkan Zizan Razak dan Shaheizy Sam sebagai tonggak utama itu.

BACA: #PE3: Kutipan Cecah RM45 Juta, Penonton Puji Polis Evo 3 Sudah Layak Ke Tahap Antarabangsa

“Polis Evo really got more emotional and it really tackles on how one prioritizes their lives. Like no I'd do what the villain did, 300 safe random civilians ain't worth the people I love,” tulisnya.



Polis Evo 3 mengisahkan tentang Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza. Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai.

Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.

Filem Polis Evo 3 menampilkan barisan pelakon seperti Shaheizy Sam, Zizan Razak, Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Farali Khan, Douglas Lim, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan dan Eyka Farhana.

BACA: #PE3: Wah Ada Suara Inspektor Sani & Khai! PUBG Mobile Lancar Pek Khas Untuk Polis Evo 3

Terdahulu Polis Evo (2015) mencatat rekod sebagai filem tempatan pertama menembusi kutipan box office lebih RM18 juta dan Polis Evo 2 (2018) memungut jumlah box office RM23 juta.

Saksikan filem aksi terhebat tahun ini, Polis Evo 3 yang kini berada di pawagam. Gunakan #PolisEvo #PolisEvo3 #PE3 bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Polis Evo 3 di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw.