HIBURAN
Pelakon Siri Bloodhounds, Kim Saeron Ditemui Meninggal Dunia Di Rumahnya
Pelakon, Kim Saeron dilaporkan meninggal dunia di kediaman rumahnya, Seongsu-dong, Korea Selatan pada Ahad.
Menurut laporan dari The Korea Hearld, kawan kepada pelakon itu menemui mayatnya di rumah dan segera menghubungi polis sekitar jam 4:50 petang.
Bagaimanapun, polis sedang melakukan siasatan terhadap punca kematian pelakon yang terkenal dengan drama Bloodhound.
Kata pihak polis, mereka masih tidak menemui sebarang tanda pencerobohan yang berlaku di tempat kejadian.
Sekadar info, Kim Searon memulakan kerjaya lakonannya pada usia sembilan tahun menerusi filem A Brand New Life pada tahun 2009.
Kemudian, namanya semakin dikenali selepas membintangi filem aksi The Man from Nowhere (2010) dan filem thriller The Neighbor (2012).
Drama bersiri Bloodhounds, yang ditayangkan pada 2023, merupakan karya terakhirnya sebelum terlibat dengan insiden memandu di bawah pengaruh alkohol yang mengakibatkan kerosakan harta benda awam di Gangnam, Seoul, Korea.
Akibat kejadian itu, aktress tersebut dikenakan denda sebanyak 20 juta won (kira-kira RM70,000) pada April 2023, sekali gus menyebabkan kerjaya lakonannya terhenti.
BERITA BERKAITAN: Lee Joo Sil, Bintang Veteran Squid Game Meninggal Dunia
BERITA BERKAITAN: Pelakon Squid Game 2, Selebriti Pertama Korea Ditangkap Kerana Melacur Gadis Bawah Umur
BERITA BERKAITAN: Song Jae Rim Meninggal Dunia Di Usia 39 Tahun
BERITA BERKAITAN: Pelakon Drama ‘The Glory’ Park Ji Ah Meninggal Dunia Akibat Pendarahan Otak
Must-Watch Video