Pelakon yang pernah poular dengan drama bersiri Skuad Elit, Zamshuri Ramli memilih untuk memperlahankan aktiviti lakonan dan beralih kepada kerjaya lain seperti membuka perniagaan berkaitan latihan dan pembangunan insan berunsur motivasi.
Selari dengan peralihan masa, kata Zamshuri, 51, keputusannya itu didorong oleh situasi keluarganya sejak beberapa tahun lalu.
"Saya pernah memperlahankan kerjaya lakonan selama dua tahun atas beberapa faktor antaranya menjaga bapa yang uzur dan kemudian meninggal dunia pada 2011.
"Saya juga aktif sebagai penceramah motivasi bebas. Saya terpaksa fokus pada perkara yang lebih penting dan menjadikan lakonan sebagai kerjaya kedua.
"Drama terakhir saya ialah Dendam Sarakit dan Transit Terakhir yang boleh ditonton menerusi YouTube. Bagaimanapun saya macam nak buat 'comeback' kerana rasa rindu dengan semua rakan-rakan media dan artis," katanya yang masih diingati menerusi drama Skuad Elit yang diterbitkan pada 2003.
Biarpun sudah 19 tahun berlalu, masih ramai yang mengingati lakonan mantap Zamshuri disamping pelakon Skuad Elit lain seperti Rita Rudaini, Tony Eusof, Serina Redzuan dan ramai lagi.
Untuk rekod, Zamshuri pernah suatu ketika tidak menang tangan dengan tawaran berlakon. Antara filem lakonannya adalah Don (Bollywood), Misi 1511, Gerak Khas The Movie 3 dan Kepulangan.
Malah, Zamshuri pernah bergelar penyampai radio untuk IKIM serta menghasilkan album secara berduet dengan Rashdan Baba berjudul Langkah yang berkonsep motivasi.
Bantu langsai hutang
Dalam perkembangan lain, Zamshuri yang aktif sebagai penceramah motivasi berbangga apabila baru-baru ini, menerima anugerah dari Asiapez sebagai Top Motivator Award dan Top Performance untuk tahun 2021.
Dia yang aktif dalam badan bukan kerajaan (NGO) turut bersyukur apabila dilantik sebagai Pengarah Komunikasi Korporat untuk Persatuan Penyelesaian Pengguna dan Peminjam Malaysia (4PM).
Persatuan yang ditubuhkan pada 2013 ini bertujuan membantu permasalahan hutang dan liabiliti pengguna yang dihadapi oleh rakyat Malaysia.
"NGO yang berpusat di Ampang ini adalah satu-satunya NGO di Malaysia yang menjadi pakar mediasi bagi mengatasi pelbagai masalah perbankan, pakar dalam masalah urusan lelongan, kebangkrapan, penstrukturan dan penjadualan semula hutang-hutang," katanya.
Menurutnya, dalam masa 9 tahun, NGO 4PM telah menjadi rakan Jabatan Insolvensi Malaysia, Mahkamah Timbang Tara Malaysia dan juga menjadi rakan Pasukan Tindakan Cemas Malaysia.
"Alhamdulillah pelantikan ini memberikan sedikit peluang kepada saya untuk membawa NGO 4PM lebih menyeluruh ke seluruh Malaysia selepas 9 tahun.
"NGO 4PM satu-satunya NGO dalam negara kita yang aktif dan beri tumpuan sepenuhnya pada permasalahan hutang piutang yang dialami oleh masyarakat.
"NGO 4PM adalah satu tempat hentian (one stop centre) untuk permasalahan perbankan, kredit sivil dan permasalahan konsumer," katanya.
Zamshuri berkata, perkhidmatan NGO 4PM disediakan untuk menghentikan tindakan sivil, perundangan dan gangguan pengutip hutang.
"4PM menawarkan khidmat kepakaran kepada semua masyarakat di Malaysia dan 4PM akan bertindak pantas menghentikan kekerasan, penganiayaan, kepincangan yang dilakukan oleh pegawai dari institusi kewangan dan tindakan sivil dari pengutip hutang dan juga daripada semua yang kita tempuhi.
"Banyak kecelaruan telah berlaku dan dalam masa yang sama kecelaruan yang dikenal pasti melibatkan penyalahgunaan kuasa daripada perkhidmatan bank, dari segi pegawai-pegawai bank sampailah ke jabatan-jabatan dipanggil jabatan-jabatan kerajaan yang berurusan dengan masyarakat.
"Kami akan berada terkehadapan untuk memberi sedikit ruang untuk bantu masyarakat dengan mengambil tindakan yang sewajarnya," katanya.
Amri Hassan
Wed Jan 26 2022

.jpg?ext=.jpg)
Seputar Selasa: Ellie Suriaty & Azri Bercerai Selepas 19 Tahun, Mira Filzah Tidur 1 Jam Je? Siapa GF Sufian Suhaimi? Lofa Takut Lipas?
Terlepas cerita hari ini?
.jpg?ext=.jpg)
Victoria Beckham Kata Trend Badan Kurus Sikap Kuno: “Wanita Sekarang Mahu ….”
Victoria Beckham yang terkenal dengan citarasa fesyen tinggi mengatakan sikap wanita moden yang menilai kecantikan sudah berubah.

Awal Nafi Langgar Palang Rumah, Hanya Tolak Pakai Tangan; “Saya Bukan Iron Man”
Langgar ke tolak pagar?

Kaki Karok Memang Patut Tonton Karaoke Superstar, Confirm Menggamit Kalbu! Ada Zamani, Nash, Ameng Spring, Rahmat Mega
Kaki karok confirm suka!

Tom Holland Pernah Rasa Lakonan Teruk? Ini 5 Fakta Menarik Uncharted!
Sewa & strim sekarang!

Ruhainies Tak Mahu Jaja Kisah Mr E Lagi - "Biar Saya & Keluarga Saja Yang Tahu"
Ruhainies nak fokus kerjaya.

“VVIP Makan Tepi Jalan?”- Layan Laksa Kampung Baru, Datin Paduka Eina Azman Dipuji Ramai! Humble Betul!
Eina juga tanpa berkira terus memberi...

Yuna Sedih Anak Saudara 17 bulan Meninggal Akibat Covid-19 Selepas 12 Jam Bertarung Nyawa
Innalilah...

“Maki-Maki Lepas Tu Minta Maaf Pada Saya” - Penangan Datin Mona, IG Ziema Din Pernah Kena Serang
Memang betul-betul buat orang benci Datin Mona ni.

Awal Ashaari Didakwa Lakukan Khianat Rosakkan Palang Pagar
Pengacara popular, Awal Ashaari mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur pada Selasa terhadap pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan perumahan.