Laman Utama

"Pemilik Restoran Digesa Guna Perkhidmatan Televisyen Komersial Sah" - Presma

Amri Hassan
24/11/2022
07:14 MYT
Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) dan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) sepakat menggesa pemilik restoran menggunakan perkhidmatan televisyen komersial yang sah untuk tontonan di premis masing-masing.
Sambil mengulangi ketetapan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai perkara itu, Presiden Presma, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, mana-mana premis yang menunjukkan karya hak cipta sukan dan kandungan hiburan tanpa persetujuan Liga Perdana dan penyiar rasmi adalah melanggar hak cipta di bawah Seksyen 36 Akta Hak Cipta 1987.
Katanya, seksyen itu menetapkan mana-mana premis komersial yang menunjukkan kandungan kepada pelanggannya menggunakan peranti penstriman haram akan dikenakan tindakan undang-undang.
Menurut beliau, premis komersial itu boleh dikenakan tindakan undang-undang dan mereka bertanggungjawab untuk membayar ganti rugi kepada pemilik kandungan.
"Kami menjalankan perniagaan yang sah dan ingin memastikan bahawa semua perkhidmatan di bawah kami adalah sah.
"Sebagai pemilik perniagaan beragama Islam, amat penting untuk beroperasi secara halal dan mengikut saranan agama. Kegiatan mencuri dalam apa cara sekali pun adalah haram.
"Justeru, pelanggan juga diminta menyokong restoran yang menggunakan perkhidmatan siaran televisyen berbayar," katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu Govindasamy berkata, penetapan persatuan itu tepat pada masanya ketika rakyat Malaysia kini dihidangkan dengan pelbagai rancangan hiburan serta yang terbaharu Piala Dunia FIFA Qatar 2022 yang sedang berlangsung untuk menarik lebih ramai pelanggan.
"Ia penting untuk melindungi hak ahli kami yang menggunakan perkhidmatan undang-undang. Ini amat penting kerana kami kini berada dalam fasa endemik dan ahli kami boleh beroperasi tanpa sekatan," katanya.
Orang ramai boleh melaporkan penyiaran haram kandungan sukan dan hiburan di premis komersial kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui talian hotline 1-800-886-800, 03-8882 6088/6245, WhatsApp 019-279 4317 / 019-848 8000, emel [email protected] atau melalui aplikasi ezAdu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Harith Iskander & Isteri Tetap Tenang, Hadir Untuk Prosiding Kes Perceraian

gempak
25/07/2024
04:08 MYT
Pelawak dan pelakon Harith Iskander hadir bersama isterinya, Dr Jazmine Lim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada pukul 11.50 pagi Khamis untuk prosiding sebutan kes perceraiannya.
Berita

Tangan Bergari, Hanya Menunduk… Suspek Kes Bunuh Farah Kartini Tiba Di Mahkamah Untuk Mohon Lanjutan Reman

gempak
22/07/2024
02:45 MYT
Suspek kes bunuh bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, untuk permohonan lanjutan reman, pada Isnin. Suspek, 26, yang memakai baju lokap warna oren tiba dengan menaiki kereta polis.
Sukan

Pengusaha Restoran Paris Dakwa Rugi Akibat Sukan Olimpik

gempak
21/07/2024
03:50 MYT
Pengusaha restoran di Paris merungut mengenai penurunan pengunjung berhubung penganjuran Sukan Olimpik 2024, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Berita

26 Saksi Dipanggil Bantu Siasatan Kes Bunuh Farah Kartini

gempak
17/07/2024
10:41 MYT
Seramai 26 individu telah diambil keterangan bagi bantu siasatan kes bunuh Nur Farah Kartini Abdullah, 25, setakat Rabu.
Viral

Tiga Jurusolek Lelaki Berperwatakan Wanita Didakwa Rompak Rakan

gempak
17/07/2024
02:25 MYT
Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan ke atas kenalan mereka minggu lepas.