gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Ada Yang Persoal Make Up Tebal Susah Nak Solat, Azza Elite Respon - “Saya Akan Cuci Ketika Nak Solat"
HIBURAN
“Saya Dah Penat Hidup Dengan Suami NPD...” – Siti Jamumall
HIBURAN
D4vd Tak Sangka Lagu ‘Meletup’ Di Malaysia, Rancang Jelajah Dunia Selepas Album Sulung
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Peminat Marah Jung Woo Sung Rileks Hamilkan Model, Ada Anak Luar Nikah

gempak
Maliah Surip
30/11/2024
04:55 MYT
Sponsor Banner
Peminat Marah Jung Woo Sung Rileks Hamilkan Model, Ada Anak Luar Nikah
Pelakon lelaki Korea Selatan, Jung Woo Sung mengaku telah menghamili seorang model namun tidak berhasrat berkahwin dengan wanita itu.
Woo Sung, 51, mengesahkan dakwaan dirinya membuat seorang model berusia 35 tahun, Moon Ga Bi sehingga melahirkan seorang anak lelaki menerusi agensinya pada hujung minggu lalu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, bintang Hunt itu mengaku tidak berhasrat berkahwin dengan model tersebut selepas mengetahui dia hamil, lapor BBC.
Dia bagaimanapun bersedia untuk menjalankan tanggungjawab penuh sebagai seorang lelaki dan bapa kepada anak lelaki yang telah dilahirkan.
Ini termasuklah memberi sokongan kewangan serta menjaga anak tersebut bersama Ga Bi.
Pengakuan Woo Sung bagaimanapun menimbulkan beragam pandangan dalam masyakarat termasuk menyelar tindakannya menghamili wanita dan mempunyai anak luar nikah sebagai perbuatan tidak bermaruah.
Woo Sung juga disifatkan telah mencalarkan imej bersih dan berpura-pura menjadi lelaki budiman dengan ingin menjaga serta membesarkan bayi tersebut tanpa mahu berkahwin.
Bagaimanapun ada yang berpendapat kehidupan generasi kini sudah berubah berbanding budaya atau adat masyarakat Korea Selatan yang menyifatkan melakukan seks dan memiliki anak sebelum berkahwin sebagai satu hal yang buruk.

BERITA TRENDING: Shaf Naufas Masih Tahu Batas, Mengaku Serumah Dengan Kawan Wanita Tapi Bukan Sebilik! - "Saya Cuma Nak Pinjam ..."

BERITA TRENDING: Rizky Febian - Mahalini Kena Nikah Semula, Tak Penuhi Rukun Nikah

Menerusi tinjauan sosial yang dilakukan, sebanyak 37 peratus individu setuju dengan isu memiliki anak luar nikah sementara lebih 72 peratus berpendapat sebaliknya.
Terdahulu Ga Bi mendedahkan telah selamat melahirkan anak aktor tersebut pada Mac 2024.
“Sebagai seorang ibu saya mendapat kekuatan untuk meraih kebahagiaan.
“Jujurnya sewaktu berita ini (hamil) datang saya tidak tidak bersedia namun telah menikmati fasa hamil bersama orang tersayang dan memberi fokus terhadap kehadiran bayi ini dalam hidup saya,” tulisnya di media sosial lapor Korea Times.

BERITA TRENDING: Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

Topic Berkaitan
#Anak
#Hamil
#Korea
#Model
#Jung Woo Sung
#Luar Nikah
Must-Watch Video