VIRAL
Pemuda Ditampar Lelaki Berpangkat ‘Pakcik' Ketika Makan Waktu Siang Di Bulan Puasa, Siap Minta Tunjuk IC - “Saya Bukan Islam, Tapi Dia…”
Tular sepotong video memaparkan seorang pemuda didakwa ditampar seorang lelaki berpangkat ‘pakcik’ gara-gara menikmati makanan di siang hari.
Menerusi satu bebenang di platform X, pemuda yang menggunakan akaun @bingbinge656 berkata kejadian tersebut berlaku apabila dirinya dihampiri seorang lelaki yang bertindak berang selepas melihat dirinya makan.
Insiden tersebut dipercayai berlaku di sebuah kedai serbaneka yang terletak di pusat beli-belah Angsana Mall, Johor Bahru.
"Saya hanya makan secara biasa dan pakcik tu tanya saya orang Cina ke tak. Saya jawab ya sebab itu soalan biasa. Lepas tu dia nak saya tunjukkan kad pengenalan (IC) saya walaupun kita tak boleh tunjuk IC kepada orang yang tidak dikenali.
"Lepas tu tanya kalau saya Islam atau bukan Islam, dan marah kenapa makan pada bulan puasa ni.
"Saya bukan Islam dan saya tak ganggu dia. Tapi dia tampar saya beberapa kali pula," tulisnya.
Bagaimanapun, pada akhir kejadian tersebut, anak kepada warga emas tersebut memohon maaf bagi pihak bapanya.
"Saya boleh terima permohonan maaf tu tapi saya tak boleh lepaskan benda ni.
"Pak cik tu dah tidak menghormati saya dan tampar saya di tempat awam," tulisnya lagi.
Susulan perkongsian tersebut, rata-rata netizen meluahkan rasa geram dengan tindakan yang dilakukan warga emas tersebut.
“Betul la orang cakap, kita kena hormat orang lain bukan tengok pada usia tapi pada adab.
Kalau pakcik ni, bagi aku memang tak layak untuk dihormati. Tua tak tua, kalau aku kat tempat budak Cina tu, aku balas balik haha.
“Mohon buat laporan polis kerana tindakan menampar seorang manusia di tempat awam tidak boleh diterima. Buat malu kami orang Islam sahaja,” komen beberapa netizen.
Setakat artikel ini ditulis hantaran video yang dimuat naik telah menerima lebih 3 juta jumlah tontonan.
Dalam perkembangan terbaharu, polis sedang mengesan lelaki yang menampar pemuda bukan Muslim kerana makan di kedai serbaneka sebuah pusat beli-belah tersebut.
Lelaki dewasa itu berdepan hukuman penjara sehingga setahun serta denda RM2,000, jika sabit kesalahan.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Must-Watch Video