Pengacara dan cef selebriti Karl Shafek mendedahkan dia terpaksa menanggung hutang hampir setengah juta ringgit gara-gara penaja menarik diri saat akhir selepas pertunjukan fesyen bersama jenamanya, Neonate, akhir tahun lalu.

BERITA TRENDING: Litar, Kenderaan Bermotor Nadi Ilham Koleksi Baharu Neonate X SVG

BERITA TRENDING: Momen Hiba! Ashraf Anuar Sorong Kerusi Roda, Lap Air Mata Ibu Di Pentas Runway

Dedah Shafek, kesemua kerugian bernilai kira-kira RM500,000 terdiri daripada kos dan hutang daripada supplier itu harus dilunaskan sendiri sedikit demi sedikit.

"Saya sebenarnya tidak mahu menanjangkan isu tersebut, tetapi hutang yang saya terpaksa tanggung jumlahnya sangat besar.

"Kejadian ini berlaku ketika jenama pakaian saya Neonate mengadakan satu pertunjukkan fesyen tahun lalu.

"Sejurus selepas habis acara tersebut, penaja beritahu mereka tarik diri. Sedangkan acara sudah berlangsung.

"Kos sudah dihabiskan sebanyak RM500,000, jadi itulah yang menjadikan saya hutang dengan supplier. Sekarang alhamdulillah sudah separuh daripada jumlah tersebut saya berjaya lunaskan," ujarnya kepada Gempak.

Akui Shafek, kesilapannya apabila tidak membuat surat perjanjian dengan akuan sumpah sepanjang proses menjayakan acara tersebut.

"Kesilapan pihak saya juga disebabkan kami tiada satu hitam putih yang bersama pihak penaja itu. Pengakuan sumpah itu tidak ada, kononnya kami percaya dengan mereka sebab perniagaan Melayu dengan Melayu.

"Ketika itu saya sangat stress dan hilang punca tak tahu nak buat apa. Sebab acara itu melibatkan ramai tenaga kerja, saya perlu bayar krew, model 80 orang, lampu LED yang jumlahnya RM150,000 dan lain-lain.

"Saya belajar banyak benda susulan kejadian itu. Tolonglah selepas ini buat satu sistem yang tersusun yang ada hitam putih untuk elak ditipu," ujarnya.

PILIHAN PEMBACA: #FoodiesLife: Ada 2,500 Seat! Selain Dapat Rasa Air Tangan Karl Shafek, Ini Sebab Anda Perlu Berbuka Puasa…