Laman Utama

Pendakwah Terkenal Direman Lagi Kes Cabul Remaja Lelaki

Gempak
06/08/2021
08:48 MYT
Seorang pendakwah terkenal direman bagi membantu siasatan melibatkan kes cabul dan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja lelaki berusia 13 tahun di Tanah Merah, Kelantan, Selasa lalu.
Perintah reman enam hari bermula hari ini sehingga Rabu depan dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah, Nor Faezah Abdullah di Mahkamah Majistret pada Jumaat.
Menurut Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat, dalam kejadian jam 8 pagi di sebuah rumah di Tanah Merah itu, suspek dikatakan mengadu sakit badan kepada mangsa.
“Pada mulanya mangsa mengurut suspek di bahagian ruang tamu dan kemudian mengajak mangsa masuk ke dalam bilik kerana takut orang nampak.
Ketika di dalam bilik, berlaku sesuatu yang tidak diingini menyebabkan mangsa terkejut dan memberitahu suspek mahu ke bilik air.
“Ekoran kejadian tersebut, mangsa datang ke balai untuk membuat laporan polis dan suspek ditangkap di rumahnya di Machang jam 1 pagi Jumaat,” katanya.
Suspek direman selama enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Foto / sumber: Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Dijaga Dengan Baik, Aisyah Hijanah & Aliff Teega Kongsi Pengalaman Ditahan Reman Bantu Siasatan SPRM -“Sebelum Ini Kita Ingat Hidup Kita Selesa…”

gempak
20/07/2024
09:28 MYT
Pempengaruh, Aisyah Hijanah dan suaminya Aliff Teega berkongsi pengalaman ditahan reman bagi membantu siasatan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.
Hiburan

PU Riz Dilantik Jadi Duta Masjid Di Kubang Kerian - "Komitmen Saya Lebih Pada Membantu Cari Dana & Sedekah..."

gempak
08/07/2024
21:17 MYT
Pendakwah selebriti Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 29, dilantik menjadi Duta Wakaf Program Wakaf Masjid Al-Makmuriah, Kubang Kerian, Kelantan.
Viral

Viral Minum Air Basuhan Kaki Jemaah Balik Haji, Ini Komen Pendakwah - "Ia Tak Jatuh Syirik Tapi Satu Perbuatan Yang ..."

gempak
06/07/2024
08:55 MYT
Baru-baru ini kecoh di media sosial berkaitan tindakan beberapa orang wanita di Indonesia yang meminum air basuhan kaki pasangan suami isteri yang baru pulang dari menunaikan haji.
Hiburan

Pelawak, Isteri Direman, Bantu Siasatan Kes Sebar Maklumat Dalaman Polis

gempak
02/07/2024
09:23 MYT
Pelawak serta isterinya direman dua hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan tentang penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di aplikasi Telegram.
Viral

Polis Tahan Lelaki Bantu Siasatan Kes Buang Kucing Dalam Sungai

gempak
02/06/2024
15:55 MYT
Polis menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung kes kucing dibungkus dalam guni dan dibuang ke sungai di Jalan Kota Giam, Jelutong, di sini pada Jumaat lepas.