Skip to main content

Hiburan

Isu Bayar Mahal Untuk Majlis Ilmu, Ini Pendapat PU Amin - “Kalau Mengikut Kepada Fasiliti, Keselesaan…”

Pu Amin

Sekilas

  • PU Amin berpendapat tiada masalah untuk pengajur mengenakan bayaran ke atas program ilmu agama asalkan harga itu sesuai dengan fasiliti dan keselesaan yang disediakan.
  • Beliau menegaskan ilmu agama harus disasarkan kepada mereka yang memerlukan, bukan hanya kepada yang mampu membayar.
  • PU Amin menganggap bayaran yang dikenakan berbaloi jika peserta mendapat manfaat dan pulangan seperti goodies serta suasana pembelajaran yang berkualiti.

Pencetus Ummah (PU) Amin menganggap tiada masalah untuk pengajur meletakkan bayaran untuk orang hadir ke program atau majlis ilmu agama. 

 

Bagaimanapun PU Amin berpendapat harga bayaran yang diletakkan itu perlulah mengikut kesesuaian fasiliti dan keselesaan pada program tersebut. 

 

“Adab dalam menuntut ilmu ini, pemberi ilmu ini tak boleh nak letakkan harga la. Tetapi kalau mengikut kepada keadaan fasiliti, keselesaan, ada harganya, maka kita ikut pada harga yang sudah ditetapkan. 

 

“Kita kena lihat, adakah ilmu itu tertumpu kepada orang yang mampu atau pun juga kepada orang yang perlu. Bagi saya, ilmu tu bukan sekadar kepada orang yang mampu. 

 

“Tapi sasaran kita kepada yang perlu. Mungkin orang tak mampu tapi mereka juga perlu untuk dapatkan ilmu agama,” katanya kepada Gempak. 

 

PU Amin berkongsi pendapat mengenai isu bayaran mahal untuk majlis ilmu ketika ditemui di Cahaya Hati 2.0: Dari Luka Temui Cahaya di MATRADE, Kuala Lumpur pada Sabtu.

 

Seronok dapat menghadiri majlis ilmu seperti Cahaya Hati, PU Amin berkata bayaran yang dikenakan berbaloi apabila peserta yang hadir turut menerima pelbagai ‘goodies’ yang disediakan pihak pengajur. 

 

“Saya rasa masih dalam terkawal la. Tak mahal sangat la. Sebab semestinya untuk orang datang dapatkan sesuatu yang bernilai tapi dengan harga berkualiti. 

 

“Bagi saya, tak jadi masalah sekiranya ada manfaat. Saya rasa, itu adalah satu aura yang baru dan positif untuk orang belajar, lebih fokus. 

 

“Ikutkan kursus-kursus seperti berenang pun berbayar. Kalau agama ini, kalau berbayar, kenalah la dapat macam-macam. Bayaran yang ada pulangan. 

 

“Kalau guna dengan cara positif okay, cuma saya takut orang ambil kesempatan. Nak dengar program agama kena bayar mahal-mahal, tak nak la macam itu. Kalau boleh, apa-apa pun agama ini dalam bentuk kebajikan,” ujarnya lagi. 

Must-Watch Video

Advertisement