Kecoh di media sosial apabila vokalis kumpulan The 1975, Matt Healy mengumumkan kumpulan mereka digam daripada sebuah festival.

Pengumuman tersebut dibuat selepas Matt berkucupan dengan gitaris kumpulan tersebut di atas pentas.

Memetik ciapan Twitter seorang individu, Matt memberitahu yang sesiapa pun tidak boleh menentukan dengan siapa dia boleh dan tidak boleh lakukan hubungan seks.



“Kamu tidak meminta saya datang ke negara kamu dan memberitahu saya dengan siapa saya boleh dan tidak boleh melakukan hubungan seks,” katanya sebelum mencium gitaris berkenaan.

Kemudian, Matt menyambung: “Ok, itu sahaja daripada kami. Kami digam daripada membuat persembahan di Kuala Lumpur. Bye guys,” katanya.

Difahamkan, Matt dan anggota kumpulannya yang lain meninggalkan petas setengah jam lebih awal selepas dia mengumumkan hal berkenaan.

Terdahulu, Matt mempunyai tabiat mencium sesiapa sahaja di atas pentas ketika membuat persembahan, termasuk peminat dan pengawal keselamatan konsert.

The 1975 dianggotai oleh Matt Healy, Adam Hann, Ross MacDonald dan George Daniel.