Ramai netizen di laman sosial suka melihat cara pelakon Sharnaaz Ahmad dan bekas isterinya iaitu usahawan Noor Nabila membesarkan serta menguruskan anak mereka, Jebat Jayden bersama.

BERITA TRENDING: “Perempuan Lain Kalau Nak Marah Boleh, Tapi Nabila Tak Boleh” - Sharnaaz Ahmad

Sebagai lelaki yang pernah melalui fasa perceraian, Sharnaaz menasihati kaum adam untuk mulakan terlebuh dahulu dengan menurunkan ego demi anak.

“Memang kena tolak ansur. Bukan tolak ansur tau… kalau saya duduk di pihak lelaki ya, perempuan takkan tolak ansur dengan kau. Ini adalah daripada pihak lelaki.

“Kalau dia duduk di bahagian perempuan, itu mungkin dia punya perspektif. Ini saya perspektif lelaki, jadi saya bercakap fasal lelaki-lelaki yang bercerai.

“Perempuan ini takkan bertolak ansur dengan kau selagi kau tak mulakan dulu. Jadi, kau mula dulu… kau rendahkan, bukan satu step tapi kau rendahkan dua step dari ego kau.

“Dekat situ, dia akan mula turun… bila dia mula turun, kau jangan ambil kesempatan. Kau turun lagi, supaya kau kalah lagi dua, tiga game. Yang penting, kau menang battle untuk dapatkan anak kau macam mana kau nak.

“Kalah, tak semestinya kalah… kalah perjuangan, belum tentu kalah battle,” kata Sharnaaz menerusi video temu bual di akaun TikTok Pa&Ma.

Untuk rekod, Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017, namun sayang jodoh mereka tidak berpanjangan dan bercerai pada 9 Julai 2020.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.

@pama.my Warganet suka tengok cara Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila membesarkan Jebat Jayden baik-baik walaupun tidak lagi bersama. Ini pesanan dari Sharnaaz buat yang menghadapi situasi yang sama #divorce #sharnaazahmad #noornabila #jebatjayden #majalahpama #fyp ♬ Piano sleep LoFi slow midnight(808930) - Gloveity