Perkongsian foto memperlihatkan pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha bersama seorang lelaki dengan tulisan ‘My Home Is Your Arm’ yang dimuat naik di Instagram menarik perhatian netizen.

Tak Nak Komen

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen beranggapan foto tersebut merupakan pra-perkahwinan namun Daiyan menafikan perkara tersebut.

Tiada apa yang ingin diulas mengenai andaian netizen, Daiyan berkata dia sudah memaklumkan bahawa perkongsian itu merupakan lagu terbaharunya yang bakal dilancarkan pada 7 Jun ini.

BERITA TRENDING: Bayi 20 Bulan Maut, Dilanggar Bapa Semasa Mahu Undur Kenderaan

“Itu merupakan single terbaharu saya yang akan keluar pada 7 Jun nanti. Kalau ada netizen ingat itu adalah pre-wedding, saya tak ada apa nak komen.

“Sebab memang kat situ dah tulis ia merupakan single terbaharu saya,” kata Daiyan ketika dihubungi Gempak.

Dalam pada itu, pelakon drama siri Project High Council ini memberitahu lagu itu sudah ditulis sejak tahun lalu namun hanya dapat dikeluarkan pada tahun ini.

Single Pertama Selepas 2 Tahun

“Sebenarnya saya tulis lagu ini sejak tahun lalu… dah lama nak keluarkan tapi baru ada masa tahun ini.

BERITA TRENDING: Tony Eusoff Dedah Perangai Aktres Bermasalah - “Ada Seorang Saja Yang Ingin Saya Tampar”

“Saya cuma berharap orang suka dan lagu ini diterima baik. Ini merupakan lagu pertama saya selepas dua tahun,” ujarnya lagi.

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.