Laman Utama

Permit Kebenaran Tamat Tempoh 14 Jun Masih Diterima PDRM

gempak
Fiza Kamarudin
13/06/2021
04:40 MYT
Sponsor Banner
Permit Kebenaran Tamat Tempoh 14 Jun Masih Diterima PDRM
Surat atau permit kebenaran pergerakan yang tamat tempoh 14 Jun ini, masih diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga tamat tempoh Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) 28 Jun ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, bagi tujuan penyelarasan penguatkuasaan kawalan pergerakan di sekatan jalan raya (SJR), PDRM akan terus menerima surat atau permit yang dikeluarkan 12 kementerian dan agensi dipersetujui Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Senarai kementerian dan agensi yang mengeluarkan surat atau permit pergerakan adalah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti); Kementerian Pengangkutan; Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi; Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi); Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM); Kementerian Dalam Negeri (KDN); Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (Ketsa); Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT); Kementerian Belia dan Sukan (KBS); Bank Negara Malaysia (BNM); Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan PDRM," katanya pada sidang media Rangkuman Operasi Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.
Pada masa sama, Hamzah mengingatkan orang ramai untuk tidak memalsukan atau memberikan maklumat palsu ketika membuat permohonan surat atau permit pergerakan daripada pihak berkuasa.
Sementara itu, Hamzah berkata, hampir 1,000 sekatan jalan raya dijalankan PDRM antara 1 Jun hingga semalam selain menutup 129 jalan kecil yang dikenal pasti menjadi laluan alternatif orang awam untuk melanggar larangan rentas negeri dan daerah.
Pada masa sama, Hamzah berkata, PDRM mengeluarkan sejumlah 9,808 kompaun dan melakukan 542 tangkapan atas pelbagai kesalahan pelanggaran SOP bagi tempoh sama.
Katanya kementerian itu, melalui agensi penguatkuasaannya akan terus memantapkan pemantauan terhadap SOP sepanjang lanjutan sekatan pergerakan penuh dijadualkan sehingga 28 Jun ini.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live