Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di mukim-mukim di Selangor dan beberapa lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selama 14 hari bermula 3 Julai hingga 16 Julai nanti.
Menteri Kanan (keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri berkata, kedua-dua negeri ini menunjukkan trend jangkitan yang tinggi dengan Selangor melaporkan purata kes harian Covid-19 antara 1,800 ke 1,900.
“Manakala di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur purata kes harian adalah dalam lingkungan 600 ke 1,000 kes. Kesemua daerah di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan insiden kes Covid-19 melebihi 12.1/100,000 penduduk.
“Data unjuran kadar nilai kebolehjangkitan (R-naught) di kedua-dua negeri ini masih dalam lingkungan 1.0 dan tidak menunjukkan trend penurunan," jelasnya melalui satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, situasi tersebut adalah membimbangkan apabila mengambil kira kepadatan penduduk dan penularan tiga varian baharu yang lebih ganas iaitu varian Beta B.1.351 (Afrika Selatan), Delta B.1.617.2 (India).
Antara mukim yang terlibat adalah di Daerah Petaling, Hulu Langat, Sepang, Gombak, Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.
Manakala di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula kawsan yang terlibat termasuk, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Semarak, PPR Batu Muda, Flat Seksyen 2 Wangsa Maju dan Flat Seksyen 1 Wangsa Maju.
Sumber: Kosmo
Gempak
Thu Jul 01 2021

.jpg?ext=.jpg)
5 Jam Disiasat SKMM, Aliff Syukri Trauma - "Niat Saya Untuk Menghiburkan Anda Saja"
su terbabit memberikan pengajaran kepada kerjaya seni dan bisnesnya.

Kes Jenayah Seksual Da’i Syed, Diteruskan Atau Ditarik Balik? Rupa-Rupanya...
Pengadu dalam kes itu telah ...

CANTIK TAK - EP5
Konsep apa saja yang sempat uols! Hahaha, ada ye konsep mekap macam tu? Tapi kalau dah ada anak kecil ni kan memang mencabar tau! Nak tahu sebab apa Elfira mengucap panjang bila Rayyan pegang gincu? Jom tonton sama-sama, memang terhibur gais. #SmileOutLoud #ColgateOpticWhiteO2 #CantikTak #RiaX #RamadanSLK #RayaSLK @colgate_malaysia

Eh Lovenya! Siti Nurhaliza 'Ambil Takhta’ Di New York Times Square!
Saya merupakan salah seorang wakil bagi senarai lagu....

“Jangan Bertuhankan Duit” - Pernah Discam, Ini Pesan Farah Nabilah
Drama yang beri pengajaran.

Miera Leyana Akhirnya Dedah Wajah Anak Ketika Sambutan Hari Jadi Pertama
Wah comelnya anak Miera....

“Epidural Tu Pun Sejenis Drugs..”- Mahu Bersalin Secara Natural, Raja Ilya Pilih Water Birth
Macam mana bersalin dalam air?

Uqasha Senrose Terima Tawaran Berlakon Daring, Kamal Adli Tak Selesa.. - “Kita Bukan Hollywood”
Apa dah jadi ni?

"Saya Sihat..."- Dapatkan Rawatan, Yasin Masih Pertahankan Kanabis?
Alhamdulilah Yasin nampak sihat...

Ditawar Habuan Lumayan Jadi Duta Produk, Eizlan Yusof; "Saya Tak Boleh Ulas Lanjut..."
Eizlan Yusof enggan mengulas lanjut. Betul ker tak?