Soalan:


Hi Kak Gee, saya Rara berusia 24 tahun dan baru saja bertunang.

Masalahnya, bulan lalu saya baru dapat tahu saya ni anak luar nikah.

Bapa saya rupanya pernah ceraikan ibu tiri saya sebab merenyam nak kahwin dengan mak saya.

Sorry Kak Gee, saya terpaksa kata begitu sebab saya betul-betul geram.

Lagi sakit hati bila dapat tahu ayah ceraikan ibu tiri saya ketika dia mengandung.

Saya pula wujud sebelum ayah dan ibu sempat berkahwin secara sah.

Haih siapa tak geram Kak Gee!

Entah mengapa saya rasa benci dengan ibu bapa saya. Hilang rasa sayang, jijik tengok mereka.

Malah, saya rasa takut sangat nak kahwin. Kesian juga dekat tunang saya terpaksa layan dan bersabar dengan emosi saya yang tak menentu ni.

How Kak Gee? Adakah kejam kalau saya kata saya dah tak sayang parents?

Yang Benar,
Rara

Jawapan:


Hi Rara,

Terima kasih kerana sudi luahkan perasaan menerusi #PMTepiKakGee.

Pertama kali, Kak Gee rasa sebak juga bila melihat situasi yang terpaksa ditanggung Rara ketika ini.

Dugaan terbesar, apatah lagi Rara bakal berkahwin tidak lama lagi.

Apapun,Rara kena tanamkan sifat positif, terbuka dan tidak membuat keputusan berlandaskan emosi semata-mata.

Setiap orang punyai jalan dan liku hidupnya sendiri.

Soal rezeki, jodoh, kerjaya, anak semuanya berbeza-beza.

Memang bapa Rara bersalah kerana ceraikan ibu tiri hanya untuk berkahwin dengan ibu Rara.

Tapi nasi dah jadi bubur, dan itu antara liku hidup mereka, kesalahan lampau mereka.

Kalaulah masa tu boleh diundur tapi malangnya tidak Rara.

Jadi apa yang boleh kita buat adalah berdepan dengan apa yang berlaku sekarang.

Jangan mudah tewas dengan emosi.

Jika mereka gagal sebagai suami isteri yang baik, adakah mereka juga gagal sebagai ibu bapa?

Baik buruk mana pun ibu bapa, mereka tetap darah daging kita yang membesarkan kita.

Jangan biarkan kisah lampau mereka menjadi kayu pengukur syurga dan neraka mereka.

Paling penting, jangan biarkan dosa mereka menyebabkan hidup kita juga tidak aman.

Macam Kak Gee cakap tadi, setiap orang ada jalan hidupnya sendiri.

Now Kak Gee mahu Rara bina jalan hidup Rara sendiri.

Bina rumah tangga dan jadikan kesalahan ibu bapa Rara sebagai amaran besar untuk tidak mengulangi perkara itu lagi.

Kak Gee doakan Rara bahagia disamping insan tersayang!

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!