Soalan:


Hi Kak Gee, nama saya Mamat Letop berusia 29 tahun.

Saya sekarang punyai kerja tetap dan gaji yang boleh dikatakan agak stabil.

Namun, pada masa sama saya merupakan seorang ‘influencer’.

Banyak pendapat sampingan saya peroleh menerusi pekerjaan baru ini.

Malah, saya berani kata pendapat itu melebihi apa yang saya dapat dengan kerja tetap.

Masalah sekarang, Kak Gee, saya dah mula bosan dengan kerja tetap tu.

Performance saya dah drop sebab saya lebih fokuskan peranan saya sebagai influencer.

Tambahan pula now saya dah start buat YouTube channel. Memang busy lah.

How Kak Gee? Adakah berisiko untuk saya berhenti kerja? Saya dah macam nekad dah ni!

Yang Benar,
Mamat Letop


Jawapan:

Hi Mamat Letop! Vass betul nama awak!

Apapun, terima kasih sudi luangkan masa dengan #PMTepiKakGee.

Pertama sekali tahniah kerana rezeki awak kini melimpah ruah bila dapat buat banyak kerja untuk jana pendapatan.

Mungkin jawapan atau nasihat Kak Gee ni agak old skol tapi Kak Gee mahu mamat fikir dulu masak-masak.

Jangan buat keputusan terburu-buru.

Cuba fikirkan dahulu adakah ‘jenama’ Mamat sebagai influencer itu sendiri betul-betul kuat?

Adakah Mamat mampu untuk kekal relevan dalam tempoh lima tahun akan datang?

Jika ya mungkin Mamat boleh teruskan dengan keputusan itu, tapi jika Mamat was-was cuba hold dulu.

Mamat kena faham selera orang dan demand terhadap content ini berubah-ubah.

Ambil contoh penyanyi atau pelakon, tidak semua yang berjaya untuk kekalkan populariti mereka.

Jika tiada single baru, drama atau filem baru nama mereka akan hanyut begitu saja.

Akhirnya mereka akan kembali kepada pekerjaan asal mereka.

Nasihat Kak Gee ketika ini, biarlah mamat buat dua tiga kerja terlebih dahulu.

Susun masa bila nak buat content dan bila mamat perlu fokus untuk bekerja.

Semua ini untuk masa depan Mamat sendiri.

Simpan duit hasil daripada kerja sampingan itu.

Jika mahu berhenti sekali pun, biarlah simpanan itu mampu tanggung Mamat sekurang-kurangnya enam bulan!

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!