Laman Utama

Potong Rambut Pendek, Peminat Iringi Doa Buat Anuar Zain Sebelum Berangkat Ke Syria

Amri Hassan
11/04/2022
02:55 MYT
Penampilan terbaharu penyanyi popular Anuar Zain dengan berambut pendek ketika di perkarangan lapangan terbang sebelum berangkat ke Syria menarik perhatian netizen.
Dalam hantaran di Instagram, Anuar yang berbaju merah diiringi oleh ahli keluarga dan kenalannya kelihatan ceria sebelum memulakan misi kemanusiaan bersama Syria Care untuk Kempen Ramadan Al Khair 10.0.
"Terima kasih hantar ke airport. Jumpa kalian dalam masa terdekat nanti," tulis Anuar.
Di ruangan komen, rata-ratanya memuji keterampilan pelantun lagu Lelaki Ini yang nampak lebih kemas dengan imej rambut pendeknya.
"Alamak. Rambut K-pop. Be safe, next time I'll join you!
"Wah dah potong rambutlah...
"Rambut baru... Safe flight.
"Nice haircut. Semoga dipermudahkan di sana," tulis beberapa pengguna di Instagram Anuar.
Dalam misi berkenaan, Syria Care akan ke beberapa lokasi di Lubnan antaranya Tripoli dan Arsal yang mempunyai ramai pelarian Syria yang hidup dalam keadaan daif.
BACA: "Soal Keselesaan Letak Tepi Dulu" - Bakal Sertai Misi Ke Syria, Anuar Zain Tak Kisah Sekiranya Terpaksa ...
BACA: "Saya Tak Pasti Akan Menangis Atau ..." - Masya-Allah! Anuar Zain Bakal Ke Lubnan, Sertai Misi Kemanusiaan Ketika Ramadan
Bantuan kemanusiaan itu menyasarkan kutipan sebanyak RM4.1 juta untuk diagihkan kepada target sasaran penerima manfaat seramai 720,000 orang dari 15 April hingg 2 Mei 2022.
Bagaimanapun Syria care masih mengalu-alukan sumbangan dan tajaan daripada syarikat korporat, agensi dan pertubuhan untuk bekerjasama mengumpul dana.
Sumbangan boleh dibuat menerusi akaun bank Syria Care iaitu Maybank (562106653575) dan CIMB (8601894560).
Antara inisiatif tambahan yang dilakukan menerusi OderFood, kaedah pesanan dan penghantaran makanan secara atas talian dengan beberapa pakej dan harga bantuan makanan.
i. RM15.00 untuk set iftar. Hidangan nasi arab, ayam, kekacang, salad, buah-buahan dan minuman yogurt yang boleh dinikmati 3 orang.
ii. RM150.00 untuk sekotak pek makanan kering. Bahan makanan asas seperti beras, bijirin gandum, roti, minyak masak, gula, garam, pasta, tepung, kekacang, makanan di dalam tin, keju dan lain-lain mengikut keperluan bagi manfaat sebuah keluarga.
Langkah-langkah untuk membuat sumbangan melalui OderFood adalah seperti berikut:
i. Layari www.oderfood.my ii. Pilih pakej pesanan anda ▶️ OderFood 15 (set iftar) ▶️ OderFood 150 (pek makanan kering) iii. Selesaikan bayaran. iv. Pesanan anda akan dihantar ke Syria.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sering Dipanggil ‘Aunty’, Sarah Suhairi Sedia Bergelar Ibu

gempak
26/07/2024
04:55 MYT
Menurut Sarah, dia sedia maklum status Aswad sebagai duda anak tiga namun itu tidak menjadi halangan untuk mereka berkenalan dan mendirikan rumah tangga.
Hiburan

"Alhamdulillah Adira Bagi Saya Peluang" - Datuk Red

gempak
23/07/2024
07:45 MYT
Susulan daripada pendedahan percintaaan yang dibuat melalui siaran langsung di aplikasi TikTok, Datuk Red tampil mengesahkan hubungannya bersama bekas isteri, Adira Suhaimi.
Hiburan

Generasi DFP Kumpul 15 Artis Muda Pelbagai Genre! Konsert Pertama Fadzly, Syiqin Azln, Ruhil Ariana Wilson, Ee Vone & LOKO 24 Julai Ini

gempak
20/07/2024
11:04 MYT
Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) telah melancarkan sebuah inisiatif baharu yang dinamakan Generasi DFP bagi menyokong landskap industri muzik dan seni di Malaysia.
Hiburan

Wanita Nafi Jadi Sugar Mummy Artis Remaja Fikry Kiki - "Tuduhan Itu Tak Sepatutnya Berlaku"

gempak
20/07/2024
02:55 MYT
Usahawan dan pempengaruh sensasi, Bulan atau nama sebenarnya Mabel Ira Bulan, menafikan tuduhan 'membela' artis remaja Fikry Kiki.
Hiburan

Ryan Bakery Menangis Risaukan Anak Kena Jangkitan Kuman Dalam Darah - "Ini Ujian Untuk Kami Sekeluarga"

gempak
20/07/2024
00:58 MYT
Anak lelaki kepada personaliti media sosial, pelakon dan penyanyi, Ryan Bakery iaitu Ryan Ezra menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman dalam darah.