Laman Utama

PPN: Lembah Klang, Melaka Masuk Fasa 3, Dah Lengkap Vaksin Dibenar Hadir Ke Stadium & Pusat Rekreasi

Mya Amri
29/09/2021
16:00 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan negeri-negeri di Lembah Klang meliputi Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya selain Melaka dibenarkan beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 1 Oktober ini.
Datuk Seri Ismail Sabri berkata, keputusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik yang turut membenarkan Kedah beralih daripada Fasa 1 kepada Fasa 2.
Peralihan fasa ini dibuat setelah mengambil kira penilaian risiko semasa Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Berdasarkan keputusan jawatankuasa yang membenarkan peralihan dari Fasa 1 ke Fasa 2 bagi Kedah, ia bermakna tiada lagi negeri berada di Fasa 1 di seluruh negara.
“Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh Keluarga Malaysia, khususnya kerajaan negeri yang bertungkus-lumus menguruskan situasi pandemik di negeri masing-masing, demi memenuhi nilai ambang yang ditetapkan,” katanya.
Tambah beliau lagi, mesyuarat berkenaan turut membuat ketetapan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) baharu.
Antaranya majlis rasmi kerajaan dan swasta termasuklah perasmian dan bengkel, dibenarkan di negeri Fasa 2 dan Fasa 3 dengan syarat tetamu telah menerima vaksinasi lengkap dan kapasiti 50 peratus ruang premis, manakala 100 peratus kapasiti penuh bagi Fasa 4.
Kata beliau, bagi individu yang belum divaksin, perlu menjalani ujian awal (pre-event test) menggunakan kit ujian kendiri (saliva) sebelum hadir dengan disaksikan penganjur atau pengesahan daripada pengamal perubatan.
Pembukaan sektor latihan kemahiran dan pusat latihan industri termasuk kolej vokasional, TVET dan sebagainya juga dibenarkan di semua fasa dengan mematuhi SOP selaras dengan pembukaan institut pengajian tinggi (IPT) berkuat kuasa 15 Oktober ini.
“Membenarkan kehadiran penonton atau penyokong ke tempat perlawanan sukan dan rekreasi di negeri Fasa 2, Fasa 3, dan Fasa 4. Kehadiran ini meliputi sebelum, semasa dan selepas acara sukan serta rekreasi dengan syarat, penonton/penyokong telah menerima vaksinasi lengkap, memakai pelitup muka sepanjang perlawanan serta tiada aktiviti makan minum sepanjang berada di stadium.
“Kanak-kanak bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan untuk menonton perlawanan di tempat acara sukan berlangsung.
“Maklumat lanjut mengenai SOP bagi kelonggaran baharu ini, boleh dilayari di laman sesawang rasmi kementerian-kementerian yang terlibat dan www.mkn.gov.my,” katanya.
Perdana Menteri turut membangkitkan isu segelintir individu yang keluar daripada kediaman biarpun sedang menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO).
Beliau menegaskan, individu yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan yang tegas kerana tindakan tidak bertanggungjawab ini boleh mengundang risiko keselamatan kepada masyarakat serta menjejaskan usaha kerajaan bagi menangani wabak ini.
Sumber: Utusan Online
Kredit foto: Azrul Rafie
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Remaja Rebah Meninggal Dunia Sebelum Tonton Perlawanan Kedah Lawan JDT

gempak
20/07/2024
04:55 MYT
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.
Hiburan

Muzik Dimatikan, Anang Kena Ejek Satu Stadium Kacau Kemenangan Bersejarah Timnas Indonesia

gempak
12/06/2024
12:59 MYT
Penyanyi Anang Hermasyah dan pasangan, Ashanty berdepan situasi memalukan apabila muzik mereka dimatikan sewaktu membuat persembahan usai pasukan bola sepak Indonesia menang perlawanan ke atas Filipina.
Laman Utama

Stadium Kanjuruhan Yang Korbankan 133 Nyawa Akan Dirobohkan

gempak
19/10/2022
12:50 MYT
Stadium Kanjuruhan yang telah menjadi pemberitaan seluruh dunia selepas membabitkan kematian 133 orang baru baru ini akan dirobohkan.
Laman Utama

Penerima Vaksin Sinovac Wajib Ambil Booster Kalau Nak Masuk Stadium

gempak
05/03/2022
03:46 MYT
Tak cucuk tak boleh masuk!
Laman Utama

Kecoh Di TikTok, Konsert Ari Lasso Ditonton 15,000 Jin? - "Kami Diingatkan Jangan Mandi Hingga Keluar Dari Kota"

gempak
20/11/2021
15:20 MYT
Seramnya!