Laman Utama

Premis Turunkan Bendera Israel, Jika Ini Untuk Marketing Amat Memalukan!

gempak
Maliah Surip
20/10/2023
08:15 MYT
Sponsor Banner
Premis Turunkan Bendera Israel, Jika Ini Untuk Marketing Amat Memalukan!
Semalam pengguna media sosial melahirkan kemarahan dan rasa kurang senang apabila dua keping gambar memaparkan sebuah premis yang didakwa mengibarkan bendera Israel tular.
Bendera tersebut dipercayai dipasang di sebuah kedai di sebuah kawasan di Terengganu tular.
Tindakan tidak bermoral dan sensitif saat penduduk Palestin menderita dibedil dan dimusnahkan rejim zionis itu juga disifatkan sama sekali jijik jika pemilik sengaja mahu melakukan kerja pemasaran atau marketing sekaligus membuat premis perniagaannya terkenal.
Namun selepas ‘berjaya’ mengundang perhatian, pelaku difahamkan memohon maaf dan telah menurunkan bendera berkenaan, lapor Sinar Harian.
Difahamkan, motif kejadian dalam siasatan pihak berkuasa dan orang ramai diminta bertenang serta tidak mengambil tindakan sendiri.
Ribuan orang telah cedera di Gaza sejak 7 Oktober lalu akibat serangan udara Israel selepas serangan keganasan Hamas.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live