Berita

Punca Nahas Helikopter TLDM Dikenalpasti, Tak Berada Pada Ketinggian & Haluan Ditetapkan

Gempak
30/05/2024
05:44 MYT
Faktor utama nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) 23 April lalu adalah akibat helikopter Fennec tidak berada pada ketinggian dan haluan ditetapkan.
Panglima TLDM, Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob memberitahu, ia memasuki laluan helikopter AW-139.
Perkara ini dimaklumkan ketika mengumumkan laporan penuh nahas helikopter TLDM.
Menurut beliau, kedua-dua helikopter didapati berada dalam keadaan selamat untuk terbang semasa hari kejadian.
Beliau turut mendedahkan punca sekunder nahas helikopter TLDM adalah 'channelise attention' oleh krew helikopter AW139 tertumpu ke arah penukaran haluan dan ini telah menghadkan reaksi elak pelanggaran.
Dalam tragedi pada 23 April lepas, 10 anggota dan pegawai TLDM terkorban akibat dua helikopter berkenaan bergesel dan terhempas.
Kejadian berlaku semasa mereka menjalani raptai lintas hormat bersempena ulang tahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.
Mangsa terdiri daripada tujuh kru helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru Fennec TLDM.
Susulan nahas itu, lembaga siasatan telah ditubuhkan bagi mengenal pasti punca sebenar nahas dua helikopter terbabit.
Laporan interim insiden berkenaan pada 9 Mei lepas mengesahkan tahap kesihatan kesemua kru udara yang terlibat dalam nahas itu berada dalam keadaan yang baik untuk mengendalikan pesawat dan kedua-dua helikopter berkenaan berada dalam keadaan 'airworthy' (selamat untuk terbang) semasa hari kejadian.
AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Helikopter Agusta A109 LOH Mendarat Cemas, Ini Fakta Insiden Yang Perlu Anda Tahu

gempak
28/06/2024
12:13 MYT
Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan sebuah helikopter M81-11 (Agusta A109 LOH) melakukan pendaratan cemas di Landasan Terbang Kluang, Kem Mahkota Kluang, Johor, awal pagi tadi.
Viral

Nahas Helikopter Lumut: Hajat Naik Helikopter Tercapai, Namun Berakhir Tragedi

gempak
24/04/2024
04:12 MYT
Salah seorang waris mangsa nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Lumut mendedahkan anak saudaranya memang berhajat untuk menaiki helikopter sebelum pencen.
Berita

Dua Helikopter Bertembung Jadi Tragedi Ke-8 Dalam Tempoh 9 Tahun, Ini Kronologinya

gempak
23/04/2024
16:55 MYT
Kemalangan melibatkan dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak kira-kira 9.30 pagi tadi merupakan kejadian kelapan seumpama itu dalam tempoh sembilan tahun lepas.
Berita

Nahas Helikopter Lumut: Bapa Lihat Wajah Anak Tenang Seperti Tidur

gempak
23/04/2024
14:50 MYT
Salah seorang mangsa nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak disifatkan bapa kelihatan tenang seperti sedang tidur.
Berita

Nahas Helikopter TLDM: Tiada Terselamat, 10 Dilaporkan Terkorban

gempak
23/04/2024
05:28 MYT
Seramai 10 orang dilaporkan terkorban selepas dua helikopter milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertembung dalam kejadian di Kem Tenteral Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, hari ini.