Usahawan kosmetik, Safiey Illias menyuarakan niatnya untuk beraya sebagai seorang perempuan kali terakhir pada tahun ini.

Menurut Safiey, dia ingin menggembirakan hati ibu bapanya kerana sudah tidak ada benda yang perlu dikejarkan lagi di muka bumi ini.

"Rasa macam ini kali terakhir je beraya sebagai perempuan. Bila tengok muka mak ayah rasa macam nak happy kan hati mereka.

"Tak ada apa dah nak kejar kat dunia ni. Semua benda dah ada.

"Kereta rumah, cuma 1 je tak dapat lagi nak tunai dan capai iaitu happy kan hati mak ayah," tulisnya.

Sementara itu, Safiey turut memohon maaf kepada semua pihak jika ada salah silap yang telah dilakukan.

Safiey akui tidak kuat memandang raut wajah kedua orang tuanya serta menitip doa supaya ditunjukkan jalan yang benar kepadanya.

"Saya minta maaf semua kalau ada buat silap dan salah. Saya betul-betul tak kuat dah bila tengok muka mak dan ayah.

"Dah tua, siapa nak sembahyangkan jenazah ayah kalau dia meninggal kalau anak lelaki dia yang dia doa sampai jadi pandai segala bab pendidikan termasuk agama.

"Semoga Allah tunjukkan jalan yang benar jalan yang lurus dan segalanya aku serahkan kepadaMu ya Allah untuk menguruskan takdir hidupku.

"Allah yang memegang hati manusia dan membolak balikkan hati.

"Moga syurga buat mak dan ayah dan adik beradik lain atas kesabaran mereka berdoa," tulisnya lagi.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut Safiey gembira dengan niatnya yang ingin kembali ke pangkal jalan.

Walaubagaimanapun, Safiey telah bertindak memadam entri tersebut selepas beberapa jam dikongsikan.