Laman Utama

Reaksi YouTuber Selepas Tonton Trailer ‘Polis Evo 3’ - “Yang Wow Kan Aku Adalah…”

Asyikin Mayudin
09/05/2023
11:50 MYT
“Yang wow kan aku adalah shot belakang Sharnaaz Ahmad tu. Aku harapkan lagi gempak dari 1 dan 2 la,” kata YouTuber yang dikenali Kongsi D selepas menonton trailer filem Polis Evo 3.
Pasti ramai yang tidak sabar untuk menonton filem aksi komedi terhebat Polis Evo 3 yang akan ditayangkan di seluruh pawagam di Malaysia bermula 25 Mei ini.
Menonton saja trailer filem lakonan Zizan Razak, Shaheizy Sam, Nora Danish dan Sharnaaz Ahmad ini pun sudah membuatkan peminat rasa tidak sabar.
Bagi YouTuber Mat Don pula, dia sememangnya sangat mengemarkan jalan cerita yang mengisahkan tentang balas dendam seperti dalam filem Polis Evo 3.
“Filem ini berkaitan dengan balas dendam… fuh aku suka balas dendam ini, serius aku filem yang dari masa lampau dan rancang untuk balas dendam. Aku harap dia satu benda yang mind blowing la.
“Aku jangka watak Reza ni dia punya planning untuk balas dendam itu power. Trailer dia okay, beri kita hints apa yang akan jadi. Nora Danish come back! Nora tak ada masa Polis Evo 2.
“This time dia ada balik, itu pentinglah bila kita sembang fasal balas dendam ni, kalau hang orang jahat akan serang orang yang paling akan disakiti.
“Selain trailer, aku sangat suka soundtrack dia. Memang buat kita tak berhenti dengar lagu itu. Kalau dengar dalam kereta, akan buat rasa nak pecut,” ujarnya.
Teruja menantikan filem aksi itu, YouTuber, ZhaFVlog pula berpendapat trailer untuk Polis Evo 3 seakan-akan sama seperti yang pertama.
“Pertama sekali trailer itu kelihatan sama macam Polis Evo 1. Boleh nampaklah dia kembalikan vibes itu. Dia tak terlalu nampak macam Special Force Anarcy. Nampak lebih kepada serius la.
“Menariknya adalah, ada kena mengena dengan filem pertama sebab aku nampak macam ada reference yang menunjukkan ke arah filem yang pertama. Nampak menarik! Sumpah tak sabar.
“Polis Evo 1 yang ubah presepsi aku terhadap filem tempatan, Polis Evo 2 pun aku support,” katanya.
Bahang Polis Evo 3 kian terasa apatah lagi lagu runut bunyi (OST) berjudul Ayuh yang dinyanyikan oleh Malique, Ernie Zakri dan penyanyi rap Aman Ra serta Kmy Kmo menjadi siulan.
Filem aksi komedi arahan Syafiq Yusof itu terus mengekalkan pemeran utama iaitu Zizan Razak yang membawakan watak Inspektor Sani dan Shaheizy Sam yang membawa watak Inspektor Khai.
Nantikan filem Polis Evo 3 di pawagam seluruh Malaysia pada 25 Mei ini.
Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi yang lebih besar dan mencabar! #JagaJagaBoh.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Nama Tersenarai Dalam Ending Credit Deadpool & Wolverine, Ini Respons Zizan Razak - “Perkara Ini Kecoh Sejak Semalam…”

gempak
25/07/2024
07:55 MYT
Pelakon Zizan Razak mengakui banyak menerima DM dan mesej daripada kenalan serta peminat mengenai namanya yang didakwa diletakkan dalam ending credit filem adiwira popular Deadpool & Wolverine.
Filem

Setiap Kali Muncul Confirm Mengekek! Ini Watak-Watak Lucu Cameo Michael Ang Dalam Filem & Drama... #5 Tu Korang Wajib Tengok

gempak
12/06/2024
14:55 MYT
Tidak hanya dikenali sebagai seorang pengarah, pelakon dan penerbit, Michael Ang turut popular dengan kameo-kameo lucunya di dalam pelbagai filem dan drama terbitan Astro.
Hiburan

Ada Yang Kurang Senang Sharnaaz Ambil Foto Berdua Dengan Amelia Henderson, Aedy Ashraf Komen - “Janganlah Marah, Dia Abang Saya”

gempak
12/06/2024
00:55 MYT
Pelakon, Aedy Ashraf akui tidak berasa cemburu apabila sahabatnya, aktor Sharnaaz Ahmad memuat naik foto bersama, Amelia Henderson beserta kapsyen pujian.
Hiburan

Takdir Itu Milik Aku Banyak Kejutan, Jom Layan Dua Episod Akhir Malam Ini!

gempak
23/05/2024
07:53 MYT
Drama popular Takdir Itu Milik Aku dari Karya Terbaik Siti Rosmizah yang menerima sambutan penonton bakal melabuhkan tirainya pada malam ini.
Drama

Drama Karya Terbaik Siti Rosmizah, Takdir Itu Milik Aku Disambung Lagi 13 Episod!

gempak
02/05/2024
14:55 MYT
Drama bersiri popular kegemaran ramai lakonan Emma Maembong dan Shaheizy Sam itu mendapat sambutan positif dan permintaan menggalakkan selepas episod terakhir pada malam ini (2 Mei 2024). Sambungan TIMA bakal meneruskan kisah tragis Dian yang masih belum pulih ingatan, manakala Zarif dikhabarkan curang bersama Azura. Dian sangat kecewa atas perb