Hiburan

Rezeki Berlakon Datang Gara-Gara COVID-19, Arfie Shah Akui Masih Nervous Setiap Kali Uji Bakat Lakonan

Gempak
05/07/2024
03:55 MYT
Pelakon baharu, Arfie Shah mendedahkan yang dia membina badan sebelum menjalani penggambaran bagi drama siri Astro Originals, X-Change.
Kongsi Arfie, berat badan yang telah dicapai secara ideal bagaimanapun turun gara-gara menghidap demam selama dua minggu.

Demam

“Sebenarnya sebelum drama Astro Originals X-Change, saya dah buat badan. Tapi, sebelum penggambaran bermula, saya tiba-tiba jatuh sakit, demam dua minggu. Disebabkan hal itu, berat badan saya jatuh.

"Disebabkan berat badan turun, bentuk badan saya juga berubah. Namun, saya ambil inisiatif untuk bersenam dan membina semula ‘badan’ saya seperti sebelumnya,” kata Arfie kepada Gempak.

Arfie berkongsi mengenai hal itu ketika ditemui pada majlis pra-tonton drama Astro Originals X-Change yang diadakan di Sunway Vellocity, Kuala Lumpur pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hariz Hamdan Dibenci Kerana Farouk, Ada Makcik Siap Marah Lepas Makan - “ Dia Duduk Sebelah, Pandang-Pandang Lepas Tu…”

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Dah Tak Sabar! Aedy Ashraf, Sky Iskandar, Khenobu & Thompson Goh Dipilih Pegang Watak Dalam Filem Kahar Kapla High Council

Melanjutkan bicara, Arfie turut berkongsi mengenai pengalaman pertamanya ketika mula-mula menjejakkan kaki ke dalam bisang seni.
Menurut Arfie, dia mula meminati dunia lakonan selepas mendapat peluang untuk berlakon dalam sebuah filem suatu ketika dahulu.
“Sebenarnya saya seorang pemuzik dalam satu band. Nak dijadikan cerita, satu hari itu keluarga saya dijangkiti COVID-19 dan saya kena duduk rumah kawan. Ketika itu, kawan saya terlibat dalam sebuah penggambaran filem.
“Jadi saya pun ikut dia. Kemudian, salah seorang pelakon dalam filem itu pula dijangkiti COVID-19. Pengarah itu tanya kawan saya boleh berlakon tak? Dia pun cakap boleh… cuma saya tak dapat watak utama,” katanya.

Rasa seronok selepas pertama kali berlakon

Arfie menambah, dia mula berasa seronok selepas cuba berlakon buat kali pertama.
“Ada seorang ganti watak itu dan saya dapat watak pelakon tambahan. Selepas habis filem itu, saya rasa best juga berlakon.
“Disebabkan itu, saya pergi ke semua uji bakat untuk berlakon yang wujud dekat Malaysia ini,” ujarnya lagi.
Mahu memperbaiki diri dari segi lakonan, pelakon berusia 31 tahun itu mengakui yang dia tetap berasa gementar setiap kali menghadiri sesi uji bakat.

“Saya pergi semua uji bakat lakonan. Malah saya sampai gementar setiap kali nak pergi uji bakat, saya hafal skrip sampai terlupa. Tebalkan muka jugalah pergi uji bakat.

“Saya punya niat nak perbaiki diri bukan nak dapat tawaran pun… sampailah uji bakat Astro Originals, saya ulang kaji untuk lakukan persediaan. Semua benda saya belajar sendiri. Sampai saja uji bakat drama Astro Originals X-Change, saya rasa sempurna,” katanya.

BERITA TRENDING: Kahar Kapla High Council: Lepas 20 Tahun Baru Dapat Watak Anak Kelantan, Aedy Ashraf Tak Sabar Nak Jadi Beja - “Negeri Tempat Saya Dilahirkan”

BERITA TRENDING: Aedy Ashraf Rupanya Orang Kelantan, Tak Sabar Nak Jadi Beja & Kecek Kelate

BERITA TRENDING: Ramai Mahu Jadi Kahar Tapi Amir Ahnaf Bagi Amaran!

Sekadar info, Arfie Shah membintangi siri drama premium terbitan Astro Shaw yang berjudul X-Change sebagai Khalif.
Selain itu, Arfie Shah, drama X-Change turut menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Datuk Rosyam Nor, Marisa Yasmin, Hariz Hamdan dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan drama terbaru dari Astro Original X-Change bermula 12 Julai ini setiap hari jumaat di Astro Premier dan strim di Astro Go dan sooka.
Dapatkan Pek Astro sekarang dengan pemasangan PERCUMA dari hanya RM41.99/bulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu - Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my sekarang!
ATAU
Strim kesemuanya bila-bila masa, di mana-mana sahaja dengan hanya RM13.90/bulan. Yang pasti, kontrak TAKDE! #sookaGotAll, strim semuanya sekarang:
www.sooka.my
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

COVID-19: Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah Mulai 15 Julai

gempak
05/07/2024
18:40 MYT
Individu positif Covid-19 tidak lagi dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (HSO) atau kuarantin di rumah dan tidak perlu melaporkan status positif ujian kendiri dalam aplikasi MySejahtera berkuat kuasa 15 Julai ini.
Hiburan

“Babak Itu Jijik…” - Hariz Hamdan Akui Sukar Lakukan Aksi Cium Kaki

gempak
05/07/2024
13:12 MYT
Pelakon baharu, Hariz Hamdan mengakui dia perlu mencium kaki pelakon senior, Farah Ahmad demi menjayakan babak dalam drama terbaru Astro Original berjudul X-Change.
goldmovie

#Gold: Terpilih Jayakan Watak Rashid Sidek, Farid Kamil Akui Rasa Bangga - “Saya Sangat Bersyukur Apabila Dipilih”

gempak
05/07/2024
09:55 MYT
Pelakon, Farid Kamil menzahirkan rasa syukur setelah namanya dipilih memainkan watak sebagai Rashid Sidek menerusi filem Gold.
Hiburan

Seniwati Sarimah Ahmad Tak Galakkan Cucu Berlakon, Sadiq Jamil; "Nenek Mengeluh Bila Saya Masuk Sekolah Seni, Tapi Saya Buat Demi ..."

gempak
04/07/2024
04:18 MYT
Pelakon meningkat naik, Sadiq Jamil mendedahkan neneknya, seniwati terkenal Datuk Sarimah Ahmad, 82, tidak pernah menggalakkan dirinya untuk menceburi bidang lakonan.
Hiburan

Poster Karakter Siri Originals Terbaharu Astro, X-Change Dilancarkan!

gempak
03/07/2024
11:06 MYT
Selepas trailer siri X-Change dilancarkan, hari ini poster karakter mula dikeluarkan buat peminat-peminat siri Astro Originals sebelum Malam Gala dan Sidang Media  yang akan berlangsung pada 3 Julai ini di TGV Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur.