Nampaknya, hal berkaitan Ruhainies dan Sarah Yasmine masih belum reda.

Terbaharu, pengguna media sosial mendakwa Ruhainies seakan-akan memerli Sarah Yasmine di Instagram Story, dengan bertanyakan kepada pengikutnya tentang cara merawat rambut kejung.



“Hi, sesiapa boleh cadangkan produk rambut yang bagus untuk baiki rambut ‘kejung’ atau rambut gugur tak? Serious buyer,” tulis Ruhainies.

Menerusi Instagram Story yang seterusnya, Ruhainies menerima pelbagai jawapan daripada pengikutnya, dan pelbagai cadangan produk diberikan.

Namun, melihat pada respons yang diberikan oleh netizen, Sarah Yasmine didakwa seperti ‘membalas’ kenyataan Ruhainies yang bertanyakan perihal rambut kejut.

“Rambut kejung boleh buat treatment terus dah ok. Lepastu, perbuatan awak tu boleh reset rewind semua tak? Tambah tak tahu malu saja saya nampak.

“Tabarakallah saya tak ada eyebag muka saya bersih bila tak pakai make up, muka saya sihat sihat aja dan alhamdulillah aja saya tak pernah ada bapak gula, duit semua duit hasil dari kerja keras tersendiri dan saya tak pernah meminta duit dari boyfriend,” tulisnya.



Terdahulu, Sarah Yasmine tampil mengejutkan banyak pihak apabila dia bertindak ‘melondehkan’ perbualan antara Ruhainies dan Aliff Aziz menerusi Whatsapp, yang sebelum itu terlibat dalam tangkapan khalwat.

ARTIKEL BERKAITAN: Ini Sebab Kenapa Ruhainies Tak Hubungi Bella Selepas Kejadian Khalwat – “Saya…”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa Sekarang? Kenapa Bukan Masa Kes Khalwat?” Didi Astillah Persoal Permohonan Maaf Ruhainies