Home sweet home. Mungkin pepatah Inggeris itu dekat dengan seorang TikToker dari Indonesia ini apabila dia menghiasi rumahnya secara keseluruhan dengan warna merah jambu!

BERITA TRENDING: Aizat Saha Tak Kisah Content TikTok Miliknya Diminati Kaum Lelaki - “Mungkin Itu Happy Pills Mereka”

Tidak hanya itu, kediaman wanita yang dipanggil dengan gelaran Bunda Ela ini turut dihiasi dengan watak kartun popular, Hello Kitty.

Selain daripada rumahnya yang dihias begitu comel, ramai dalam kalangan penggemar pempengaruh itu turut memuji keadaan sekeliling kediaman yang cukup kemas dan bersih - sungguhpun ia hanyalah kediaman diperbuat daripada papan.

@layla9689

Kerja sama suamii??

♬ Dj Terompet Pemersatu Bangsa - PAMOKHOL ID

Menerusi satu video, wanita yang turut bergelar suri rumah itu menunjukkan kepada pengikut bagaimana dia dan suaminya bekerjasama membersihkan seluruh rumah, malah membersihkan siling dan lantai.

Video itu juga memberi penonton pandangan di bahagian dapur dan bilik tidur, mendedahkan bahawa bekas penyimpanan dan cadar juga berwarna merah jambu.

BERITA TRENDING: Makin Sado, Peminat Samakan Body Khai Bahar Dengan Jungkook BTS

Meninjau ruangan komen, ramai dalam kalangan pengikutnya yang memuji keadaan rumahnya yang bersih, tanpa habuk. Ada juga yang menyamakan Bunda Elsa dengan Auntie Purple, pempengaruh dari Malaysia yang menjadikan warna ungu sebagai warna tema kandungan ciptaannya.