Pelakon Sharnaaz Ahmad berkongsi sebuah rakaman video anaknya, Jebat Jayden di atas kereta sorong bayi (stroller) dengan tangannya yang berbalut.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram (IG) miliknya, Sharnaaz meluahkan kata-kata semangat untuk kesakitan yang ditanggung Jebat.

"Anak yang baik, anak yang sangat manja, anak permata baba dan mummy..

"Sakit cek adalah untuk kekuatan cek di masa depan..Baba sayang hang dunia akhirat.

"Baba will always be next to you thru thick and thin..Ramadan ni baba will always be there for you ok sayang," tulisnya.

Pelakon filem Juvana ini sempat membalas satu komen dengan mengatakan anaknya kembali sakit.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan semoga Jebat kembali sihat seperti biasa.

Sharnaaz dan kakak kepada pengacara Neelofa, Noor Nabila berkahwin pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata pada 30 Ogos tahun lalu.

Anak yg baik, anak yg sgt manja, anak permata baba dan mummy. Sakit cek adalah untuk kekuatan cek dimasa depan.. baba sayang hang dunia akhirat.. baba will always be next to you.. thru thick and thin. Ramadan ni baba will always be there for u ok syg..

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on