Pembedahan bariatrik atau 'potong usus' yang membantu seseorang menurunkan berat badan dirumuskan sebagai punca kematian personaliti popular Hollywood, mendiang Lisa Marie Presley.

Berdasarkan laporan aotopsi yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Los Angeles, penyanyi dan pewaris legenda seni global, Elvis Presley itu dikaitkan dengan prosedur penurunan berat badan yang dilakukannya beberapa tahun sebelum kematiannya pada 12 Januari lalu.

Mendiang Lisa Presley meninggal dunia pada usia 54 tahun.

Penurunan berat badan melalui pembedahan bariatrik merupakan prosedur yang dilakukan untuk membantu seseorang mengurangi berat badan dalam situasi tertentu.

Laporan tersebut menyebut, komplikasi yang dialami oleh Lisa Presley merupakan komplikasi yang lazim berlaku hasil daripada pembedahan bariatrik.

Pembedahan sedemikian biasanya dilakukan jika kaedah penurunan berat badan yang lain tidak berhasil atau jika seseorang memiliki masalah kesihatan yang serius.

Lisa Presley meninggal di sebuah hospital di Los Angeles, tempat dia dikejarkan oleh pasukan paramedik setelah mendapat panggilan kecemasan yang melaporkan seorang wanita mengalami serangan jantung di rumahnya.

Semasa mengumumkan pemergian Lisa Presley, tiada sebarang petunjuk dikongsi pasukan perubatan kepada umum mengenai kemungkinan yang mencetuskan kepada persoalan kematian artis itu.

Laporan autopsi turut berkata, Lisa Presley mengeluh mengalami kesakitan perut beberapa hari sebelum kematiannya.

Mendiang Lisa Presley Dia disemadikan pada 22 Januari lalu di Graceland iaitu kediaman yang didiami bersama bapanya ketika usia kanak-kanaknya.

Lisa Presley meninggalkan tiga orang anak perempuan, iaitu Riley Keough yang berusia 34 tahun dan pasangan kembar, Harper dan Finley Lockwood yang berusia 15 tahun.

Sementara anak lelakinya, Benjamin Keough meninggal pada tahun 2020.

Beberapa hari selepas pengebumiannya, tercetus pertikaian tuntutan undang-undang yang serius mengenai harta tinggalan waris Presley.

Sumber: Awani