Laman Utama

"Salah Buat Maggi Kena Belasah, Kucing Mati Pun Kena Marah" - Isma Yusof Pernah Didera Abang Sejak Kecil, Dedah Hidap Bipolar

gempak
Amri Hassan
08/02/2021
03:50 MYT
Sponsor Banner
"Salah Buat Maggi Kena Belasah, Kucing Mati Pun Kena Marah" - Isma Yusof Pernah Didera Abang Sejak Kecil, Dedah Hidap Bipolar
Pelakon dan pengarah Isma Yusof menganggap isu LGBT yang dibangkitkan minggu lalu mampu menjadi pengajaran baharu kepada orang ramai biarpun ia mendapat kecaman hebat.
BACA: Isma Yusof Mengaku Pondan
Mengulas lanjut mengenai dirinya, Isma sekali lagi tampil mendedahkan masalah kesihatan mental yang dialaminya berpunca dari pengalamannya ketika kecil.
Dedah Isma, dia mengalami masalah bipolar disebabkan pernah melalui episod keganasan oleh abang kandungnya sendiri.
"Ketika kecil dulu saya selalu kena dera dengan abang sendiri, kadang-kadang disebabkan benda kecil sahaja. Salah buat perisa maggi kena belasah, kucing dia mati dia marah dan salurkan kepada saya.
"Saya bencikan abang saya sebab dia ganas dengan saya dan ia membuatkan saya teringat semula perkara yang dia lakukan kepada saya.
"Makan lama juga sampai saya remaja. Saya tak berborak dengan dia sampailah mak saya tegur jangan buat sebegitu. Tetapi saya trauma masa kecil dulu," ujarnya menerusi dua rakaman IGTV baru-baru ini.
Isma kemudian mengambil pendekatan untuk berbicara dengan ibunya dan menggali semula punca situasi itu berlaku kepada abangnya.
Kata Isma, ibunya juga melalui episod sukar apabila terpaksa menjaga anak-anak yang ramai ketika usia belasan tahun. Malah, keluarganya juga pernah 'dididik' dengan keganasan sejak turun-temurun.
Mengimbas semula perjalanannya menghidap bipolar, kata Isma, dia akui penerimaan terhadap dirinya berbeza-beza mengikut demografik.
"Saya kena bipolar ketika di Kuala Lumpur. Saya mula ambil ubat selama 2 tahun, kemudiannya saya berpindah menetap di Langkawi selama 2 tahun pula. Ketika itu saya tidak bekerja.
"Ubat pun sangat mahal, jadi saya tak ambil. Di Langkawi tiada episod teruk seperti di KL. Tak ada panggil saya pondan atau gila. Mungkin sebab satu dunia ada di situ, mereka lebih terbuka," tambahnya.
Baru-baru ini kecoh apabila Isma secara terbuka mengaku dirinya transgender dan tertarik kepada lelaki maskulin.
Pengakuan itu mengejutkan ramai hingga ada yang menasihati Isma agar bertaubat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live