Pemain pasukan Liverpool, Muhammad Salah mungkin antara bintang bola sepak paling popular ketika ini apabila gambarnya viral di media sosial.

Semuanya gara-gara namanya yang disalah erti sebagai perbuatan yang salah.

Namun, mungkin ramai yang terlepas pandang, Salah semalam sebenarnya telah menyambut hari lahirnya yang ke 28.

Perkara itu diumumkan menerusi satu posting di Twitternya.

"Terima kasih semua atas ucapan hari lahir," katanya ringkas sebagai kapsyen.

Posting berkenaan kemudian 'dibanjiri' dengan ucapan tahniah peminatnya.

Sehingga kini posting tersebut telah dikongsi sebanyak 83,000 kali.

Untuk rekod, Salah dilahirkan pada 15 Jun 1992.

Salah merupakan pemain bola sepak yang bermain di kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool dan untuk pasukan kebangsaan Mesir.

Salah bermain di posisi sayap dan disifatkan seorang yang sangat taktikal.