Pelakon Lufya Omar menafikan dakwaan dirinya tidak memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa ekoran insiden pergelutan dan cubaan menculik anak perempuannya, Laana Haura pada Jun lalu.
BACA: Dah 2 Bulan Kes Anak Hampir Diculik, Polis Masih Belum Dapat Keterangan Lufya
Jelas Lufya, dia akui kecewa dengan penyebaran berita berkenaan dan menegaskan telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa sepanjang siasatan kes ini.
"Saya ada bukti sudah dua kali ke balai polis untuk memberikan kenyataan dan kerjasama. Jujur saya kecewa jadi sebegitu dan dilayan acuh tak acuh oleh pihak polis.
"Kali pertama saya datang buat laporan polis di Mutiara Damansara. Malah siap diambil gambar kesan luka saya dan disoal siasat dengan mereka lebih kurang tiga jam.
"Kali kedua saat hampir tiba ke balai polis di Petaling Jaya, pihak mereka terpaksa membatalkan temujanji kerana ada acara malam sebelumnya habis lewat.
"Malah alasan mesin fotostat turut diberi hingga segala urusan ditangguh. Tapi saya bukan mahu cari fasal dengan polis. Mereka boleh berurusan dengan saya tanpa membabitkan media.
"Kenyataan dikeluarkan media itu seolah-olah saya tak pernah datang ke balai polis untuk memberikan kerjasama. Saya mahu hal ini diselesaikan segera dengan pihak berkuasa tanpa perlu mendedahkan apa saja kelemahan terjadi," katanya.
Untuk rekod Lufya membuat laporan polis berhubung kejadian berlaku di Balai Polis Kota Damansara kira-kira 6 pagi pada 29 Jun lalu.
Dalam masa sama, Lufya turut berkongsi paparan skrin bukti perbualannya bersama pihak berkuasa.
Terdahulu, Lufya berdepan detik cemas apabila anak perempuannya cuba diculik di sebuah taman permainan di Damansara dan dirinya sendiri turut dipukul dalam pergelutan terbabit.
Amri Hassan
Sat Sep 03 2022


sooka Serba Baharu Tawar Harga Menarik Serendah RM14.90 Sebulan!
Tawaran baru sooka ni memang menarik.
_3.png?ext=.png)
Netizen Sekolahkan Individu Merungut, Salahkan Pemotong Rumput Kotorkan Kereta Baru Basuh- “Tak Ada Adab & Empati Ke?”
Mungkin dia marah-marah manja
_5.png?ext=.png)
Sebak! Momen Anak Surprise Mak Ayah Balik Kampung Bikin Banjir Air Mata - "Selagi Mereka Ada, Ambil Berat..."
Hargai ibu bapa anda

Lagi 4 Bulan Nak Raya, Fasha Sandha Dah Siap Baju Untuk Keluarga! - "Saya Risau Terlepas ..."
Awal tak kalut!

Netizen ‘Busuk Hati’ Tengok Budak-Budak Mandi Di Area Air Pancut The Exchange TRX? Ini Jawapan Pihak Pengurusan
Boleh mandi ke tak?
_7.png?ext=.png)
Dipuji Visual Persembahan Kreatif, Nikki Palikat Dedah Minta Pertolongan Pereka Fesyen Melinda Looi
Patutlah cantik bajunya
GELAK 90 Saat (6) - Shuk & Iskandar juara minggu 6
Saksikan Final #Gelak90saat Jumaat 9 malam di Astro Warna & strim di Astro Go
SIAPA "ADIK MOHD" TU NAQIU? | POWERCAT X GV
Rupanya Naqiu selalu ada yang teman bila masuk studio. Dari start masuk sampai keluar pun dia ada je kat situ. Siapa tu?
BINTANG CUCKOO PALING GEMPAK MINGGU 10 - NAQIU
Naqiu menyamakan kedudukan sebagai pemenang terbanyak anugerah ini sebanyak 4 kali. Seronok dapat tilam baru. Bukan biasa-biasa tau, tengok harga la berapa.

Video After Party BCL & Tiko Tular, Netizen Zahirkan Rasa Gusar - “Ashraf Would Be Sad To See This…”
Ramai yang beri kritikan terhadap BCL dan Tiko